Tuesday, March 4, 2014

Oh Allah,

Make me feel that You and only You is ENOUGH...

eventually...nothing will matter, everything else will be gone, all i have will be taken away..

so please oh Allah,

make me feel content with only You in Mai heart <3 br="">

Thursday, January 9, 2014

Guru yg mcm mana?

Semenjak jadi student balik, saya byk memerhati dan mengkaji tindak tanduk sensei2 saya. Saya mmg suka kaji orang.. ;). Kemudian, saya jugak buat perbandingan antara pengajian semasa jadi student engineering dulu, jadi peseta kursus bahasa bersama lebih 50 peseta dari pelbagai negara selama 6bln di urawa dan juga situasi Sekarang sbg pelajar jurusan bahasa di Universiti.

Dalam banyak2 pemerhatian saya, Ada seorang cikgu ni yang menarik perhatian saya. Mungkin cara beliau adalah satu style pembelajaran yg biasa kita lihat di mana2 university, tapi saya rasa sayang pada satu sudut bila mana beliau selalu rasa beliau saja betul..dan pandangan atau idea anak murid ini kecil dimata beliau.apapun, mungkin saya saja yg rasa begitu tapi saya ada hujah menyokong statement saya.

Berbanding dengan suasana pembelajaran sewaktu zaman belajar degree dalam engineering, bole dilabelkan saya ini sebagai seorang pelajar yang pasif. Saya kurang bertanya, tidak membuat persediaan awal utk kelas, dan hanya akan belajar sungguh2 bila hari peperiksaan sudah betul2 dekat..in other words, last minute study!

Tetapi, sewaktu berada di urawa, persepsi saya terhadap pembelajaran dlm kelas bertukar 360darjah. S ya mula seronok untuk ke kelas, suka utk buat persediaan awal dan sudah mula ulangkaji walaupon peperiksaan masih jauh lagi... Salah satu sebabnya mungkin sbb MINAT. Saya mmg suka belajar bahasa, sbb tu saya jadi cikgu bahasa.. Kemudian yg paling menambat hati saya unutk terus belajar adalah suasana pembelajaran dalam kelas itu sendiri.

Kami tidak hanya menjadi penerima, tidak hanya menjadi pendengar dan melihat sahaja, segala pancaindera kami digerakkan secara serentak. Minda kami sentiasa disuruh untuk berfikir, mulut kami sentiasa digalakkan untuk bercakap apa yg kami rasa dan fikirkan. Secara tidak langsung, kami juga dididik bagaimana untuk menjalinkan hubungan sosial dikalangan pelajar yg berlainan warganegara,agama dan latar belakang. Di sini, tugasa seorang guru tifak lagi hanya berdiri di hadapan, menyampaikan dalam bentuk bicara mulut semata2. Beliau seakan2 merendahkan kedudukan beliau sebagai guru,yg sememangnya didada penuh dgn ilmu dengan mengajak para pelajar sama2 berkongsi buah fikiran. Konsep tidak ada yg betul2 betul dan tidak ada yg salah secara total telah berjaya menjadikan kami, terutamanya saya yg sedari awal melabel diri sendiri sbg pendiam dan takut utk meluahkan apa yg ada dalam fikiran kepada seorang yg lebih banyak berdiskusi dan secara tidak langsung menjadi lebih. Bersemnagat dan ceria.

Mmg tidak dinafikan, sekiranya kita cikgu matematik sudah tentu kita lebih banyak mengajar pelajar bagaimana utk menyelesaikan sesuatu masalah matematik, namun.. Yang ingin saya tekankan disini ialah interaksi antara guru dan pelajar. Sekarang saya sedar, guru perlu melibatkan pelajar dlm kelas. Kalau bole, galakkan pelajar untuk suka berkomunikasi dgn kita dan tidak takut untuk bersuara. Terutamanya dalam pembelajaran bahasa asing, menguasai bidang tatabahasa, vocabulary dan prinsip sahaja tidak cukup.. Praktikal jugak harus dijalankan secara seiring. Kita tidak mahu anak2 kita hanya pandai mengarang karangan yg hebat dalam bahasa asing tp alangkah baiknya juika dia dpt memanfaatkan kemahiran itu dlm percakapan dan komunikasi. Penguasaan bahasa tidak terhad kepada penulisan, sbg contoh ada org bole berbahasa jepun dgn baik tp tidak bole menulis kanji dan sebagainya.


Apa yang ingin saya sampaikan disini, jadilah kita guru yg meletakkan diri kita setinggi,selaras dgn insan2 yg ingin kita didik. Jangan merasakan kita lebih sehingga tidak mahu menjadi pendengar. Kadang kala, ada banyak perkara yg dpt kita pelajari dr anak2 didik kita.

Saya berazam, untuk jadi pendidik yg lebih baik dr sensei2 yg saya lihat disini. Bg mereka, mendidik itu hanya satu kerjaya.. Tapi bg kita, ia adalah satu ibadah..dan anak-anak didik kita itu meruoakan saha, jangka panjang kita nnti...semoga Allah tetapkan hati saya atas azam ini,insyaAllah...

Wednesday, January 1, 2014

01.01.2014

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..syukur!!

masih dipanjangkan usia untuk bersama2 melangkah ke tahun 2014. anak2, suami dan saya sendiri alhamdulillah semua sihat.. rezeki pon cukup,syukur!

harini, kami masih lagi dalam mood bermalas2an.. bawa the boys jalan2. MaiMr bawa anak2 pergi tgk citer kartun Planes whilst kononnya mak nya pergi lepak kedai kopi sambil study.. tapi, kalau dah 1hb jan kat jepun ni..sume kedai buat sales..nak menyampaikan ke kedai kopi,singgah byk kedai2 on the way..jenguk2 sale n fukubukuro. sampai kat kedai kopi, sibuk pulak amek pesan customer utk jubah dan telekung..alhamdulillah, tak sangka..sejak mula berjinak2 dengan bisnes telekung online ni, sambutan sangat2 menggalakkan..diluar jangkaan! kawan2 yg xpernah bertegur sapa pon, ada yg order..sambil2 amek order sambil bertanya khabar..kalau sesaja tetiba nk tanya khabar mmg tak la kan.. order2 dr jepun pon alhamdulillah, banyak.. dok sibuk berbisnes, bukak buku bila anak2 dah abis tgk kartun..uish3! sempat la belek 2,3 muka surat hihihi


lepas tu, pergi sambung cuci mata.. terbeli kasut..lagi! ni sume salah SALE!
 
kasut Dr. Marten lagi.. aritu dah beli sepasang..alasan kasut lasak xmasuk air untuk harung salji dan musim hujan skg ni.. yang ni nak beli alasan sbb dia murah, kulit and ada zip kat tepi senang nk buka..bole pakai tak alasan tu? harga asal 29,800yen lebih kurang RM1k..skg sale jadi 15,000yen(RM500 camtu).. lepas try, keluar kedai jalan 10x pusing dulu..fikir nk beli ke tak.. last2 beli jugak! alhamdulillah..puas hati!
 
rewind sehari --> 31.12.2013
 
kak niza @ kak ros datang ke teratak kami lagi..yeayy!! budak2 ni seronok sgt ada kak ros..lagi2 bila abg umar suruh panggil kak ros, depa ingat kak ros dalam cite upin ipin.. rayyan siap lukis gmbr kak ros marah lagi masa kat winter gathering aritu..
 
baibai kak ros..jumpa lagi nnti!
oohhh..pipi saya tembamm!!
 
28~29dec 2013---> winter gathering 2013 @ toyama
 alhamdulillah berkesempatan berjumpa dengan ilmuan agama yang hebat2
ustaz riduan mohamed nor, ustaz ahmad dusuki & ustaz nik mohd abduh bin nik abd aziz
 
semoga Allah bg banyak lagi peluang untuk berjumpa insan2 yang lebih mendekatkan kami dengan agamaNya.. duduk dekat2 je pon dah rasa aura positif :)
 
saya nampak sangat gemuk dlm gambar ni..chubby!!!
 
 
ramai kata derang nampak serupa..bila tgk betul2 mcm ye jugak.. hehehe..rayyan versi gegirl :)

 
ni pemandangan padang lapang kat tempat kami menetap utk winter gathering. subhanallah, cantek sangat pemandangan! hebat sungguh Allah!!