Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Perkataan yg baik membawa kesan positif

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji Jepun (Dr. Masaru Emoto) telah melakukan ujikaji terhadap molekul-molekul air.


Apabila didekatkan kalimah-kalimah yang baik kepada molekul-molekul air tersebut maka molekul-molekul yang terhasil adalah sangat cantik manakala apabila didekatkan molekul-molekul air dengan kata-kata yang tidak elok atau kata-kata kesat maka molekul-molekul air tadi berubah menjadi sangat buruk dan hodoh.


Ini menunjukkan bahawa tindak balas molekul air terhadap kalimah-kalimah yang baik adalah positif dan sebaliknya.

-quoted from iluvislam article-

badan manusia mengandungi peratusan air yg tinggi menunjukkan kata2 yg baik kepada anak2 dan orang lain akan merangsang kesan positif dan secara tidak langsung diri kita sendiri...mungkin boleh banyak memperdengarkan bacaan ayat2 alquran. lepas nih nak azam cakap baik2 n lemah lembut dgn anak2.mengingatkan diri agar menuturkan kata2 yg baik2 depan anak2.

azam insyaAllah!!



owh, speaking about bacaan alquran, sebenarnya dah lama nk cerita pasal apps alquran. salah satu apps yg menjadi pilihan ialah Quran Explorer. kalau dlod yg basic tu, pon ok. tp kalau pasang untuk dengar sekejap je dia play n then dia akan tutup sendiri..kalau beli boleh dengar lama2..so, i purchased it for $7.99..dlm rm25 camtu tp sangat berbaloi. even baca quran skg pon pakai apps ni je. bila xsure bacaan or tajwid boleh play bacaan drpd qari. dan boleh bookmark sampai mana kita dah baca.kalau beli apps nih boleh dgr alunan bacaan dpd lebih 10org qari n my favourite is mishari-rashid. ada lebih drpd 10translation dan terjemahan bahasa melayu dia mudah difahami dan xpelik (bukan ayat bahasa indonesia). mmg i suggest this apps kepada sesiapa yg tercari2 apps alquran yg sesuai.

if anyone ada apps lain yg menarik, do share kay! sama2 kita niatkan untuk dapat redha Allah :))

 

Tuesday, November 1, 2011

Kasih tak lemau dimakan usia


Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih.Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full-time-house-wife" tu, meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi.

Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim". Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.

Wahai suami-suami yang dimuliakan,

Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia. Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang?
Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu; menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah, mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya, menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik - yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu. Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya. Tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di kafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti. Sebab kita sudah kenyang.

Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.

Amalkanlah wahai suami!



love this article.it reminds me of mai words to him before we got married. i wish..hope that our relationship will stay like org yg baru bercinta forever... jalan berpegangan tangan ke mana2, sentiasa usik-mengusik antara satu sama lain, penuh dgn ketawa dan senyuman..of course menangis bersama..berkongsi masalah bersama...let we both know that we have each other to say just about anything..there's no other perfect person to be a listener... just imagine if you have sooooo much in mind, soo many things that happens to you that you want to share, to brag about but you have no one to say those things to...  terutamanya org perempuan, mmg byk perkara yg bermain dlm mindanya, byk yg difikirkannya..kata2 suami se'simple', "how's your day today?" meant soooo much... it's a key telling her that she can tell him everything... but be sure not to judge her.. advices are welcome... talk with smile on your face.. smile even if you're talking on the phone...do you know that a smile you make on the phone make a difference in your voice tone? it does says you're smiling from the end of the line... it meant that she can go on and say it... guys sometimes forget to smile... they forget to make women smile... they forget to make us laugh..because they have some other important job to be done.. or maybe he's just tired from work...

but, have you ever stop and think?

that women have just about the same workload?
be it a housewife or a working mom... they are doing things that involves man..

...  attention to wife is just as important as attention to kids ...

daripada pengamatan peribadi, ramai mak ayah yg begitu ambil berat ttg anak2... kalau anak2 jatuh n luka semua gabra...kalau salah seorang suami atau ister luka or sakit? adakah sama perhatiannya? kalau anak2 xmakan,risau bukan main...tp partner makan ke x mkn arini, ada tanya tak? huhuhu...

for me, anak2 sampai satu tahap..kita akan berpisah dgn mereka ..be it, mereka masuk sekolah asrama, masuk universiti or finally kahwin dan mempunyai rumahtangga sendiri...

tapi suami atau isteri,bermula dari lafaz nikah..berjanji utk menjaga antara satu sama lain, memberi nafkah dan manjaga kebajikannya... sehingga apabila anak2 sudah berumahtangga dan duduk berjauhan..si dia masih bersama kita... that's what love for eternity...till the heart stops beating...

just mai personal opinion

:)


Searching for beauty in misery

challenges comes everyday without fail... it's just the matter of how you see they greet you...

do you see it as a problem? or you see it as a friend who makes you stronger...

how you deal with it? or do you run away from them?

do you smile at them, or you questions their existence?

 do you stand straight with you principle or you gave in?

challenges comes in various types...

sometimes you didn't even notice what is it for real...

you can't describe it but it exist

somewhere deep down in your heart

and you feel like nothing you can do

just hope for the best, imagine the best

see what you want!

don't linger in hatred and negativity


just see what you want!


Wednesday, August 17, 2011

Less than a month

i'll leave for japan in less than a month... when i touch down in Japan the estimated temperature in saitama is 22.5deg and it'll decrease as low as 2deg as we reach the end of 2011.. this reminds me of my old days..i'm looking forward to autumn and winter this year..autumn is my favourite season... and i love winter too..bulky outfit, big 'transformers' like boot to prevent me from slipping on the ice on my way to school, umbrella is a must bring item and the most unforgetable thing during winter is waking up to an outstanding scenery where everything is covered with white snow outside mai window!

reminiscing the winter in Fukui

this picture was taken inside my university..when i look back i myself find it hard to believe that back then it was like this... fyi, it's hard to ride a bicycle in this kinda wheather but this guy is trying hard to move his bike. usually i ride my bike but during winter i walked to school everyday.i love looking around when the snow covered almost everything.i must say it was a nice walk(if you're not late for class..hehehe)


this is the truck to remove the snow from the road..it carries its job everyday


this is the scenery i woke up to during heavy snow days..this is my neighbour's house..


the kids going for school


the train and snow... miss fukui eki


that is ida..i walked behind her n snap her picture during our walk to school...
eh, byknyer ida bawa payung?? hik3


the flower that still bloom during winter


on weekends we'll head out outside fukui city area n play snow..this is what we discovered..cool huh? it's like an igloo


lie on the virgin snow..nih malam2 lps salji lebat turun..


play snow war n make handsome snowman at the park or right beside our house


and i'm looking forward to visit Tateyama Kurobe in Toyama again with hubby


admiring its mother nature beauty during winter


and more...

comforting maiself that there are a lot of things to look forward there...

and one day,

 i'll bring Rayyan & Rifqi to join us to experience all these by themselves...




Friday, August 12, 2011

Ultimately, it's between us & Allah

seringkali hidup dalam dunia ini, kita ditemukan dengan orang2 yang memberi inspirasi, kata2 yang memberi semangat dan rangsangan, kejadian yang memberi kita pengajaran. banyak yang sebenarnya membantu kita dalam proses kita mendidik hati menjadi yang lebih baik.namun, fitrah manusia, seringkali leka dan lupa... terutama diri ini yang mudah lupa. sebagai inisiatif untuk mengingatkan diri dan sebagai rujukan masa akan datang bila diperlukan, i write it all here..in mai chamber!

kata2 yang i quote from my fav motivator, Prof Dr. Muhaya..beliau pulak dpt drpd orang lain..tapi kata2 yang indah itu kan sedekah..kita panjang2kan insyaAllah ada berkat :)



"Hidup di dunia ini,
Bersyukurlah kepada orang yang menyakitimu kerana dia mengajarmu supaya lebih TABAH,
Bersyukurlah kepada orang yang menipumu kerana dia meningkatkan PENGETAHUANmu,
Bersyukurlah kepada orang yang memulaukanmu kerana dia memupukmu untuk lebih BERDIKARI,
Bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkanmu, kerana dia memPERHEBATKAN lagi KREDIBILITImu,
Bersyukurlah kepada orang yang mengujimu, kerana dia MENGUATKAN KESABARANmu..."

Because at the end of the day..
it is not between us n those people...
it is all between us & Allah








Saturday, August 6, 2011

Setiap anak itu istimewa

sejauh mana kelakuan seorang anak itu boleh kita consider as 'nakal'?  rasanyer ramai ibu2 yang risau kalau kelakuan anak2 mereka dipandang serong...atau lebih menyakitkan kalau ada yang menegur biar pun kata2 itu berlapik.sebagai seorang yang melahirkan, membesarkan dan mendidik, tak banyak sedikit akan terasa kalau teguran terhadap anak2 itu disebabkan oleh sikap mereka yang mungkin bagi setengah2 golongan agak 'tak berkenan'.. lain orang, bergantung kepada cara mereka dibesarkan,dididik dan environment sekeliling mempunyai persepsi yang berbeza mengenai hal ini...tapi bagi saya setiap anak2 itu istimewa dengan cara mereka tersendiri dan buruk atau baik, pujian atau teguran yang diberi atas sikap mereka semua adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa...

persoalannya, kategori bagaimanakah yang diklasifikasikan sebagai 'nakal' itu sendiri? kita sedia maklum, kanak2 suka meneroka, suka mencuba apa yang ada disekeliling..lagi dilarang, lagi wujud rasa ingin tahu apa akan berlaku sekiranya mereka melanggar larangan tersebut...rasanya kita pon sama jer kecik2 dulu.kalau kata 'jangan usik'..mungkin masa kita ada dia xberani buat..tp bila kita takde,dia try..for example, rayyan. selalu dah pesan kat dia, "rayyan kalau nak tulis..tulis kat kertas or book ok?" masa tu mmg dia angguk,ok saja..tapi pernah satu hari, balik kerja tgk ada lukisan ala2 lernardo da vinci kat dinding ruang tamu yang dicat oleh mamanya waktu pregnant rifqi 3bulan...mai reaction, of course rasa nak marah..1st sebab dah pesan, 2nd sebab penat mama cat dinding tu nak oiii!

tapi benda dah jadi, nak marah lebih2 pon buang masa n tenaga.i just confront him, tanya dia siapa buat..dia kata,"rayyan yang buat".. ok fine..bagus anak mama jujur orangnya."kenapa tulis kat dinding?lainkali tulis kat kertas tau..dinding tak boleh"..senyap jer... and a few weeks later, ada lagi karya baru yg wujud di dinding...tegur lagi..next dia conteng sarung cushion guna permanent marker pen dakwat merah lagi..bukan tu je,siap lukis2 kat tempat soket plug, kat kuku kaki dia sekali...mama dia xpernah lak mewarna kuku..aishh,anak..anak..

dalam kes nih, adakah ini nakal? adakah ini namanya tak dengar kata? adakah reaksi kita memarahi after one another? atau senyum kata takpe? see? bukan senang jadi parents kan? bila orang datang rumah kita tengok dinding kita penuh dengan karya agung anak2, apakah reaksi mereka agak2nya? someone said to me,' ko tak bagi dia kertas ke mai?', 'lenkali ko letak siap2 board tpt dia conteng so that everytime dia nak melukis dia tulis la kat situ..', 'sorokkan la pen apa sume...xde la menyonteng sana sini',' anak2 akak dari kecik mmg xberani conteng2 dinding' (anak awak dgn anak saya kena sama ke perangainye??)...hmm, kalau nak tahu, buku2 mmg diletak ditempat yg sangat senang nak dicapai oleh both kids..mmg dah beli board, tp end up pen itu tetap nk dicuba tulis ditempat2 lain.biasalah nak eksperimen.. bab banding2 anak ni mmg tak layan... kalau semua budak sama, alamat kita nih macam robot laa..saya dgn awak pon perangai kena sama la? boleh?

so, adakah kita sanggup memarahi anak2 hanya untuk puaskan hati orang lain, or hati kita sendiri yg bengang dengan teguran orang lain..setiap anak2 kita bina dengan tangan kita sendiri... i learned that kita tak boleh nk marah2 sangat anak2..teguran keras mungkin perlu tapi jangan sampai tahap melabel anak2 kita sebagai 'nakal, 'tak dengar kata', xboleh ditegur' dan sebagainya...apatah lagi ibu yang mana doa kita tiada hijab dengan Allah...apa yang kita fikir, apa yang kita fokus akan membesar..baik ita fokus pada sifat2 positif anak2 kita daripada risau fikir ok ke tak anak aku ni? baik kita pulangkan urusan itu kepada Dia yang lebih mengenali anak2 kita...minta diberi kekuatan untuk mendidik anak2 agar menjadi orang yang baik.

anak2 terbina atas imej diri yg kita beri kepada mereka...umur 0~7tahun budak2 serap apa jer yang dia dengar, nampak dan alami especially dpd kita mak ayah. someone i respect said that, kalau anak2 kita kurang ajar, bukan salah mereka tp salah kita yang kurang mengajar...dan cara mengajar itu bukan semestinya dengan kekerasan tapi lebih kepada cara berhikmah dan perbuatan... budak2 pon bukannya perfect macam jugak kita..kalau hari ni tegur tak semestinya mereka terus jadi baik..naluri ingin tahu tu,tak boleh la kita nafikan...mereka belajar dalam pada mereka bermain..mereka belajar dalam mana mereka melihat apa yg berlaku disekeliling mereka...sebab tu ada kata2 'anak2 adalah cermin kepada ibu bapa'..dan anak2 ini, suka akan pujian..kalau dipuji mesti senyum meleret2 n dia akan teruja nk buat kebaikan tu lagi dan lagi...bila dipuji tenaga mereka meningkat.mereka akan jadi orang yang positif...seronok kan kalau tgk anak2 itu jadi positif.didik diri mereka bahawa kalau dia buat baik kita bg kredit, kalau dia buat benda yg kita tak suka, kita buat tak layan...i myself dlm proses mempraktikkan taktik ini sentiasa... sama2 kita cuba :)

dan sebelum kita nak anak2 kita jadi baik, kita sendiri kena didik diri menjadi baik dan lebih baik...kita kena jadi perubahan apa yang kita nak orang lain jadi..kalau kita nk anak2 menjaga aurat, kita dulu,mesti menjaga aurat kita...saya menyeru diri saya sendiri...
hanya berkongsi pendapat dan pengalaman bahawa tiada anak2 yang tidak baik...cara kita mencorakkan dia yang menentukan nanti besarnya menjadi insan atau raksasa yang bakal makan diri kita sendiri...sama2 kita kongsikan ilmu yang diberikan oleh mai favourite tok guru;

            

Wednesday, June 29, 2011

Friday, June 3, 2011

never run out of reasons to smile

"None of us has the power to make someone else love us. But we all have the power to give away love, to love other people. And if we do so, we change the kind of person we are, and we change the kind of world we live in."



Rabbi Harold Kushner

i love those moments when i'm soooo exhausted and my mind was full with things to take care of...
the smell of your sweet baby scent took them away in no time. they are the best cure!

thank you Allah for the perfect gifts...



 

Thursday, May 26, 2011

Beautiful words

KITA adalah himpunan daripada tahun2 yang berlalu
tahun2 yg berlalu adalah himpunan daripada bulan2 yg berlalu
bulan2 yg berlalu adalah himpunan daripada minggu2 yg berlalu
minggu2 yg berlalu adalah himpuann daripada hari2 yg berlalu
hari2 yg berlalu adalah himpuanan daripada jam2 yg berlalu
jam2 yg berlalu adalah himpunan daripada minit2 yg berlalu
minit2 yg berlalu adalah himpunan daripada saat2 yg berlalu...

masa adalah usia kita..jika kita membazirkan masa, maka kita sedang membazirkan usia kita yg Allah kurniakan... jadi sama2 kita pastikan setiap masa kita dimanfaatkan ke arah kebaikan dunia akhirat.dalam satu hari Allah mengurniakan kepada kita 86 400saat..seperti Allah memberi kita RM86,400 untuk berbelanja...


Dunia ini tertegak pada 4perkara;

1.Keadilan pemerintah

2.Kedermawanan orang kaya

3.Ilmu para ulama

4.Doa orang fakir


Tuesday, May 10, 2011

Be Grateful, Be Happy

1. Think more thoughts in a day of abundance than of lack of money.

2. Be happy now, without the money.

3. Be truly grateful for everything you have now.

4. Give the best of yourself to others.


Four easy steps. You can do them if you want it enough.

Tunaikan segala hak Allah..
insyaAllah Allah akan pelihara segala urusan kita,termasuk yang diluar kawalan kita


Thursday, March 3, 2011

in love with slot Islam Itu Indah

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dia tunjukkan jalan dan buka peluang untuk mama membaiki diri... dia pertemukan mama dgn ikim..dr dulu mmg suka dgr ikim, tp sejak kereta ODC ni xbley nk tune in 91.8fm(sbb frequency sampai 90.0 saja) byk dah yg terlepas... tp sejak jumpa Abang Mahathir yg mempromote slot Dr muhaya di ikim semakin la melonjak2 keinginan nk dgr ikim... mama mmg peminat dr muhaya sejak pertama kali ter'tune' in rancangan Dari Mata Ke Hati di Astro Prima beberapa bulan lalu... there's something about her...she's so talented and she's an eye doctor.. since then, try bukak ikim.fm nyer page but asyik2 under construction..almost terlupa lps tu

smlm Allah buka jalan..ada fb friend share link ikim... n to my surprise slot dr muhaya are available online...plus, i can even listen it using my iphone! couldn't be happier.. so, last night i spent my time listening to her talk up till 2a.m.. the way she says it, the way she uses the words..everything touches my heart.. and i cried! tersentuh dgn kata2 dia, bila dibandingkan apa yg dikatakan dgn diri yg serba kekurangan dan dhaif ni.. so, i'm hoping that i can share this with you guys.. and then you can share it with many more people..maybe a little deeds can comes a long way...may Allah help us on our way to be a better muslimah..

Recap on Niat Kehidupan

  1. Kita manusia biasa ada banyak kelemahan.. Allah bagi manusia hidup di dunia ini dgn macam2 dugaan
  2. wanita mengikut kajian, jangka hayat hidupnya adalah selama 78tahun jika tiada penyakit spt sakit jantung, kencing manis ect...kalau ada penyakit2 seperti itu lagi singkat lah usia kita
  3. oleh itu, apa2 pon yang kita buat dlm usia yg kita tidak tahu bila akhirnya ini mestilah diniatkan untuk mencari redha Allah bukan redha manusia
  4. dalam apa2 juga perbuatan yang kita buat, fikir sama ada kita mencari TIKET DUNIA atau TIKET NERAKA
  5. apa2 kita buat tiap2 hari kena fikir sama ada perbuatan kita itu berdasarkan IMAN @ NAFSU, mendapat PAHALA @ DOSA, menuju SYURGA @ NERAKA, berasaskan TAAT @ MAKSIAT, mendapat REDHA ALLAH @ MURKA ALLAH
  6. perkara2 ini akan menentukan 5 perkara yang kita akan jumpa iaitu Sakaratul Maut( baik atau tidak cara nyawa kita ditarik nanti), KUBUR(keadaannya seperti kawah neraka atau taman syurga), PADANG MAHSYAR(jarak matahari dr atas kepala), BUKU TIMBANGAN( diterima dgn tangan kanan atau kiri), TITIAN SIRAT( bagaimana kita melintasinya..sepantas kilat ataupon kita terjatuh ke gaung neraka).
  7. Allah izinkan kita hidup didunia ini...izinkan mak kita susukan kita, menjaga dan membesarkan kita..
  8. tiada manusia yang tidak suka dinasihati.kalau kita dengar nasihat..kita jadi SUKA, syukur banyak2 kepada Allah... kalau kita mendapat nasihat tp kita merasa tidak suka, banyak2 minta doa dan pohon hidayah daripada Allah.
  9. kalau dalam hidup ini kita tidak 'amal makruf, nahi munkar' hidup akan jadi sia2
  10. cara kita memberi teguran: mesti beri kasih sayang pada org itu..tunjuk kepadanya bahawa kita sayang kpd dia..puji kelebihan dan kebaikan dia dulu... pejam mata, baca fatihah dan tegur kesilapan dia dgn kasih sayang dan sifat fatanah.buat baik kepadanya dan cari 9ciri2 yg baik padanya.
  11. kalau dlm diri byk ego ->neraka..kalau banyak merasa ketuhanan ALLAH-->insyaAllah syurga
  12. orang yang banyak BURUK SANGKA kpd orang lain, dalam dirinya banyak syaitan dan nafsu
menjawab soalan pendengar berkenaan anaknya yang tidak mahu mendengar kata
  1. Elakkan meraikan kejayaan duniawi semata2..buat kenduri sebab anak dpt 10A ect...cuba buat kenduri sebab anak dah pandai solat dengan sempurna, khatam al-quran, perkara2 yg Allah suka..bukan manusia suka semata2..
  2. 7tahun-kenduri sebab anak dah solat, 10tahun-kenduri sbb kalau anak tinggal solat dia dibolehkan pukul
menajawab soalan pendengar berkenaan tidak dikurniakan zuriat dan menyalahkan suami kerana tidak mahu berhenti merokok(yg mungkin menjadi penyebab mereka tidak dikurniakan zuriat)
  1. Allah Maha MENDENGAR NIAT kita...tak perlu war2kan kepada manusia..itu antara kita dan Allah
  2. dalam apa2 masalah, cuba cari resolusi..jangan suka buat 3perkara, menyalahkan orang lain, merungut dan menyalahkan diri sendiri
  3. seperti sungai kehidupan, bawahnya keladak..atasnya jernih..kalau amal 3perkara diatas, kita dpt keladak sahaja
  4. anak adalah kurniaan Allah kepada kita tetapi datang daripada Allah melalui kita..itu bagaimana Allah menjadikan makhluk untuk mengabdikan diri kepada Allah..
  5. bila kita dikurniakan anak, anggap kita dapat amanah untuk menjaga seorang manusia untuk jadi hamba yang mengabdikan diri kepada Allah.
  • 75% daripada punca penyakit adalah pemikiran
  • cara pemakanan, banyakkan protein(telur, red beans, wholegrain bread-not white bread which consist nothing good,madu, minyak zaitun.. dan vitamin..kurangkan karbohidrat.kalau boleh amalkan nasi sekali sehari
cara mendidik anak
  1. didik anak menjaga solat dr kecik seawal usia 5tahun boleh dilatih
  2. kalau agama cemerlang, macam mana nakal pon dia..dia akan berjaya
  3. manusia dapat apa yang dia buat...kalau kita tidak jaga solat.. anak2 juga akan jadi begitu
  4. bila meninggalkan dunia ini, kita tinggalkan 3perkara yg kekal iaitu anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yg bermanfaat.. anak soleh akan jadi pencen kita dlm kubur
  5. oarng yg sibuk mendidik anak sewaktu kecik menjaga agama, bila dia tua..dia akan mendapat buah2an ranum yang dipetik..
  6. ada orang suka enjoy, pergi konsert bawa anak, rambut anak seperti punk, pakaikan pakaian yg tidak sopan(terutama utk anak2 perempuan).. 10tahun akan dtg ibu bapa ini akan menangis
  7. ramai orang bela raksasa di rumah bukannya insan..
  8. siapa bina agama, isnyaAllah akan membina insan dan bangsa
  9. sebut kebaikan dia, menghargai dia dan jangan mengkritik
jaga perkara2 di bawah ini semenjak dari awal
  • pemakanan kita
  • ilmu yang baik..jangan byk baca berita2 negatif, gosip2 dan ilmu yg tidak bermanfaat.cakap dan dengar yg baik2 saja
  • kerohanian dan hubunagna dengan Allah
  • hubungan dengan manusia..setiap kali jumpa bayangkan itu kali pertama dan terakhir kita jumpa mereka...gembirakan mereka dan jangan bersakit2 hati..minta maaf sebelum berpisah andainya umur kita tidak panjang
  • kewangan. makan suplimen yg baik..bila kesihatan baik, boleh buat amal ibadah lebih baik dan banyak

Wednesday, January 19, 2011

Lembutkan hati

hati manusia ni mmg susah nak difahami..hati nih ada 1001 macam perasan yang kadang2 kita xboleh nk kategorikan dia perasaan yang macam mana.kadang2, kita rasa kenapa lah kita nih degil? knp kita susah nk maafkan seseorang? knp kita susah nk let go? etc... dan Allah juga maha Adil dan penyayang.. ada masalah, pasti ada jalan keluarnya... kadang2 kita sibuk pk pasal masalah remeh temeh..

( for example, kenapa lah minah ni suka tiru aku? sampaikan kasut sebijik sejiban dia beli pastu pakai depan mata aku sampai aku rasa menyampah n pk byk kali nak pakai kasut yg sama tu ...)
anyway...
(ini muhasabah untuk diri sendiri...) benda remeh2 macam tu, kalau kita fikir byk2 pon xdtg faedah... malah bila kita keep on telling and complaining, benda nih jadi lagi teruk n xmustahil kita pulak jadi org yg macam tu.. jadi, byk hikmahnya kalau kita buat2 buta jer... xmati pon kan? biarlah dia yg mencipta identity sendiri based on identity org lain(terdekat sgt!) .. untuk lembutkan hati kita, untuk jauhkan hati dr pk benda nih lebih2... cari benda lain untuk alih perhatian... contohnya, baca cerita2 yg kelakar, cerita yg ada nilai2 motivasi dan teladan, cerita yg boleh buat kita rasa bersyukur dgn apa yg kita ada rather than complaining about the small things...

contoh cerita,

SEMOGA JADI IKTIBAR buat kita semua....…


Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.


Ceritanya:


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur .. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.


Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.


Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi.. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.


Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.


Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.


"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"


Dia terkejut dan wajahnya berubah.


"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya


"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"


" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."


Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras.Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;


i. Solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain

vii. membantu orang susah

 masa kecik2 dulu, berangan nk jadi org bekerjaya,ada family and all without realising the hidden truth n the big responsibilities behind it... lagi bertambah usia, lagi bertambah komitmen dan lagi ligat otak kena bekerja.. dan seiring dgn tu, bg diri sendiri yg menulis ni..tiap2 hari kena motivasikan diri untuk jadi lebih baik... baik ada byk maksudnya... baik juga satu yg subjektif... tp bila kita hindarkan diri dr buat benda2 xbaik, secara tak langsung kita sedang cuba untuk maintain jadi org baik, or maybe improve to a level where we can consider ourselves 'improved'... alhamdulillah, syukur sgt2 sbb Allah bukakan hati, diselitkan disudut hati saya agar ada azam utk baiki diri dr byk aspek..sbb sy takut saya terlambat...atau dibutakan hati... 

semoga bila saya alpa dan degil atau keras hati..sy boleh refer cerita2 sebegini dan cuba buat cara2 yg ada kat atas tu untuk dpt ketenangan... opss, baru teringat.. saya kena list down azam umur baru xlama lagi..fyi, azam tahun baru sy akan dibuat setiap 23jan every year...hik3(sbnrnya xsempat nk pk waktu awal januari tu..)

semoga orang2 yg saya dampingi juga, adalah org yg baik2, yg ingin cuba menjadi baik dan selalu fikir yg baik2...supaya aura kebaikan itu terkena pada saya untuk menjadi lebih baik...(eh, berapa banyak baik daa...)

tgk muka anak2 pon boleh lembutkan hati..especially waktu derang tido... tenangnya derang..

rifqi tido dalam senyuman...mimpi apa la agaknyer adek ni

adek baca buku

 adek nak pergi jalan
adek baru bgn tido, dan abg rayyan yg suka bangun lambat


abg rayyan tunjuk skill main chess


adek rifqi yg suka hisap jari... bila nk buang habit tu dek oii!


adek minum latte... tomott




***peace***


Friday, January 14, 2011

we'll receive more in return...so, let's give!

sempena hari jumaat yg penuh barakah nih, i would like to ask your courtesy to read this article and maybe we can make a small contribution,dari sekecil2 rm1 is well appreciated...sikit2 lama2 jadi bukit bak kata orang...

quoted from here derma kilat untuk adik zawawi..

Nama: Zawawi



Untuk pengetahuan kalian, keadaan kesihatan adik Zawawi semakin membimbangkan. Menurut doktor, sel darah putihnya telah semakin membesar dan hampir menutup keseluruhan darah merahnya. Jika ini berlaku akan menyebabkan kegagalan sel darah merah membawa oksigen ke otak dan kesemua organ.


Untuk pengetahuan kalian juga, adik Zawawi telah menjalani rawatan Kimoterapi Tahap 5 (yang terakhir) pada November 2010.


Doktor telah mengesahkan tiada lagi rawatan Kimoterapi buat adik Zawawi, dan sekiranya terjadi lagi 'relapse' (sel darah putih berkembang semula) adik Zawawi hanya boleh bergantung pada ubat Kimo yang menelan belanja RM1500/ubat.


Kos Perubatan/Rawatan: RM160, 000 bagi menanggung kos perubatan & rawatan yg akan dijalani sekiranya ada penderma darah & transplant yg sesuai dengan jenis darah adik Zawawi iaitu darah jenis 'O'.

Bagaimana untuk menghulurkan bantuan?

Andai kalian ingin hulurkan bantuan tak kisah secara kecil-kecilan atau besar-besaran, minta jasa baik kalian untuk hubungi:


Akaun utk Sumbangan :

Akaun atas nama : ETTY NURULHUDA BT MOHD JOHAR @ MOHAMAD
Maybank Account : 164258370838

Nama Akaun : Definal bin Syofyan
Akaun CIMB : 12260088442528

Ataupun terus hubungi Jawatankuasa Induk yang menggerakkan usaha derma kilat buat adik Zawawi ini:
Fatimazuraida (0192320108 - defida012@yahoo.com.my) atau;
Etty Nurulhuda (0192197316 - uda06@yahoo.com).

semoga adik zawawi akan cepat sembuh dan happy2 selalu...

Thursday, December 23, 2010

Building Fajr(subuh prayer) Discipline

sometimes, when we miss fajar(subuh prayer) we feel disappointed... we'll feel disappointed if performing fajr is our daily routine and missing it once makes us feel bad all day... isn't it.. but, i admit it is challenging to wake up for a 2rakaat prayer, washing ur faces with cold water and then trying to get back to sleep...  that's all syaitann...

let's hear a nice advise from khalid yasin which speaks really good tips on waking up for fajr prayer...
i got goose bump when i see, hear him speaks... deifinitely like msian ustaz... subhanallah...
Islam is really syumul..


among the words that i adore
  •  fajr is for soldiers... because we have to fight to wake up and perfom that 5mins prayer and sacrifice our sleep...
  • put your alarm clock across the room..and you'll be a fool to put it off and then go back to sleep
  • niat the night before that you want to perform fajr
  • syaitan ties 3nuts behind our ears and whisper to us to sleep that the night is long...when one of you wakes up and say subhanallah, then 1nut came loose, another when you take wudhu, and the last loosen when you perfom solat
  • when u built up that fajr discipline, when you miss one fajr you'll feel disappointed...
  • when you did fajr, you know your day is gonna be great..coz you've ask Allah for His blessing through the day...even if something goes wrong, you won't be much in misery,insyaAllah


Wednesday, December 15, 2010

Jangan Lupakan Dia...never ever!

 this is a copy from an email i received... dunno why but it touches my heart when i first read it and thus, i put it here to as a reminder,comforter... and maybe share it with you
Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.


Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?" Aku menjawab, "Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu." Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?" Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.


Kemudian aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu." Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?" Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah."


Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?" Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, "Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu."


Dia menyambung lagi persoalanNya, "Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?" Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitame mujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, "Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu." Dan...


Dia terus betanya lagi, "Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?" dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, "Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!" Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, "Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?" Aku jawab, "Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum." "Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?"


Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, "Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?" Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. "Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?"


Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan. Dia berkata-kata lagi... "Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.


Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara."


SambungNya lagi, "Kini... adakah kamu menyintaiKu?" Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini.. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, "Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah..." ..Kemudian Dia menjawab, "Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu."


Aku bertanya kepadaNya, "Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?" Dia menjawab "Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya."


Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar. Ya Allah..betapa indahnya dapat merasakan kehadiran-Mu di setiap waktu..





Wednesday, February 3, 2010

Picking up those pieces...

1111

Life is an echo
What you send out - comes back
What you sow - you reap
What you give - you get
What you see in others - exists in you
Remember, Life is an echo
It always gets back to you
When something happens to you - Good or Bad;
Consider what it means.
There's purpose to life's events
To teach you how to LAUGH MORE or NOT TO CRY too hard.
When you feel down because you didn't get what you want,
just sit tight and be happy.
GOD HAS THOUGHT OF SOMETHING BETTER TO GIVE YOU.

Monday, June 15, 2009

The little things in life

Because life is mostly the little things. Big things only happen once in a very long while. And the big things are often just a bunch of little things grouped together. Life is too short to only savor the big moments. It’s the little things like a child’s smirk or a funny phrase made by someone or the sky decorated with rainbow..all those small little things that will stay with you for a lifetime.
sometimes, a picture which is not related to us touches us most...
something might not be interesting in others eyes, but do wonders to us...
sometimes,we're rushing in life to go for the big thing that we forget all the little things that keeps us going...
what did this tiny little creature is trying to do? it's just as big as my nail
but it sure have the power to create a big thing
and that something sometimes seems impossible
pictures from Mysara's Krabi album

Tuesday, June 9, 2009

Did you ever wonder what it would be like if you weren't you anymore?how would your world react?

Albert Camus once wrote,
"Blessed are the hearts that can bend. They shall never be broken."
But I wonder.... If there's no breaking, then there's no healing.
And if there's no healing, then there is no learning.
And if there's no learning, then there's no struggle.
But the struggle is a part of life...
So must all hearts be broken ?
*
*
*
*
*
Regret comes in all shapes and sizes.
Some are small like when we do a bad thing for a good reason.
Some are bigger like when you let down a friend.
Some of us escape the pain of regret by making the right choice.
Some of us have little time for regret because we're looking forward to the future.
Sometimes we have to fight to come to terms with the past,
and sometimes we bury our regret by promising to change your own ways.
But, our biggest regrets are not for the things we did -- but, for the things we didn't do.
Things we didn't say that could've save someone that we care about.
Especially when we can see the dark storm that's headed their way.
if there's anything i could do that would make a difference in your life...
*
*
*
*
*
There comes a time when every life goes off course.
In this desperate moment, you must choose your direction.
Will you fight to stay on path?
Will others tell you who you are?
Or will you label yourself?
Will you be haunted by your choice?
Or will you embrace your new path?
Each morning you choose to move forward or simply give up.
There comes a time when every life goes off course.
In this desperate moment who will you be?
Will you let down your defenses, and find solace in someone unexpected?
Will you reach out?
Will you face your greatest fear bravely?
And move forward with faith.
Or will you succumb to the darkness in your soul?