Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Perkataan yg baik membawa kesan positif

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji Jepun (Dr. Masaru Emoto) telah melakukan ujikaji terhadap molekul-molekul air.


Apabila didekatkan kalimah-kalimah yang baik kepada molekul-molekul air tersebut maka molekul-molekul yang terhasil adalah sangat cantik manakala apabila didekatkan molekul-molekul air dengan kata-kata yang tidak elok atau kata-kata kesat maka molekul-molekul air tadi berubah menjadi sangat buruk dan hodoh.


Ini menunjukkan bahawa tindak balas molekul air terhadap kalimah-kalimah yang baik adalah positif dan sebaliknya.

-quoted from iluvislam article-

badan manusia mengandungi peratusan air yg tinggi menunjukkan kata2 yg baik kepada anak2 dan orang lain akan merangsang kesan positif dan secara tidak langsung diri kita sendiri...mungkin boleh banyak memperdengarkan bacaan ayat2 alquran. lepas nih nak azam cakap baik2 n lemah lembut dgn anak2.mengingatkan diri agar menuturkan kata2 yg baik2 depan anak2.

azam insyaAllah!!



owh, speaking about bacaan alquran, sebenarnya dah lama nk cerita pasal apps alquran. salah satu apps yg menjadi pilihan ialah Quran Explorer. kalau dlod yg basic tu, pon ok. tp kalau pasang untuk dengar sekejap je dia play n then dia akan tutup sendiri..kalau beli boleh dengar lama2..so, i purchased it for $7.99..dlm rm25 camtu tp sangat berbaloi. even baca quran skg pon pakai apps ni je. bila xsure bacaan or tajwid boleh play bacaan drpd qari. dan boleh bookmark sampai mana kita dah baca.kalau beli apps nih boleh dgr alunan bacaan dpd lebih 10org qari n my favourite is mishari-rashid. ada lebih drpd 10translation dan terjemahan bahasa melayu dia mudah difahami dan xpelik (bukan ayat bahasa indonesia). mmg i suggest this apps kepada sesiapa yg tercari2 apps alquran yg sesuai.

if anyone ada apps lain yg menarik, do share kay! sama2 kita niatkan untuk dapat redha Allah :))

 

Friday, April 20, 2012

Bila anak murid sudah bersedia, guru akan datang

betul lah kata2 bahawa, “ Bila anak murid sudah bersedia, guru akan datang”… sebagai seorang pendidik..mula2 mmg tak dpt tangkap maksud kata2 ni2..al-maklumlah, selama ni mengajar ikut schedule…biasanya cikgu masuk kelas sama ada anak2 murid dah sedia atau belum..walaupon most of the time, anak2 murid tak sedia sbb di tpt sy mengajar, masa pembelajaran sangat panjang, 8am~6pm… jadinya, murid2 seakan2 xsempat nk ready, cikgu dah masuk…kalau ada kuiz, biasanya student mmg xready..ada je minta masa nk study lg sket…perkara biasa.

Sebab itu kali pertama mendengar kata2 ini drpd tok guru kegemaran saya, Prof Dr. Muhaya… rasa cam xboleh nk dalami maksudnya.tp sekarang, baru saya faham apa sebenarnya yg dimaksudkan oleh beliau…


Baru2 ini, saya byk berfikir mengenai rayyan.Usianya sudah 5thn dah sudah masuk ke sekolah..tp kemahirannya dalam bersosial dan belajar mencuri perhatian saya. Tempoh berjauhan selama 6bulan, bukanlah alasan konkrit untuk saya menyalahkan diri tidak mengetahui perkembangannya, tp naluri seorang ibu inginkan yg terbaik untuk anaknya menyebabkan saya selalu berfikir, apa yg patut sy buat sekarang untuk bantu dia. Rayyan seorang yg agak pemalu dan lebih prefer hidup dalam dunianya sendiri. ini adalah kali pertama dia masuk ke institusi belajar secara formal.hatta masuk taska pon xpernah.100% diulit dgn mama,papa, atuk n nenek… so u can imagine how ‘manja’ he is!

Jadinya, saya banyak berfikir, merenung ke dalam diri sendiri apa yg telah saya buat, yg patut saya buat dan cari jalan untuk bantu dia. Niat saya sangat kuat untuk bantu dia. Saya mula search di internet, bertanya kawan2 dan buat eksperimen sendiri. Bila saya buat semua itu baru saya sedar bahawa saya pada ketika ini berada dlm situasi seorang ‘anak murid’ yg dahagakan ilmu dalam mendidik anak. Dan pada saat itu juga, bermacam2 info saya dpt yg sekaligus menjawab satu demi satu persoalan saya berdasarkan kegagalan dalam eksperimen yg saya jalankan. Bukan itu saja, saya juga mendapat ilham dan ilmu tambahan untuk mencuba pendekatan yg lain… dan yg canteknya, bila niat itu kita arahkan kepada-Nya, jalan menjadi lebih dilorongkan… seakan2 ada guru yg membantu kita dlm ‘research’ yg kita buat.. itulah mungkin maksud kata2, ‘bila anak murid sudah bersedia, guru akan datang’… bila kita dahagakan ilmu, kita mahukannya dengan niat yg betul, guru yg baik akan datang mengajar… ‘guru’ dalam konteks ini bukanlah bermaksud manusia sahaja semata2, boleh jadi bahan bacaan, pengalaman org lain, internet dan macam2 lagi… terasa sangat indah dan semakin bersemangat! Jadi, yakinlah bahawa bila kita sudah bersedia dan ingin mempelajari sesuatu, pasti ada guru yg akan datang mengajar…

satu lagi kata2 yg baru saya belajar,

"When the intention is clear,
The method will appear."

so apa2 pun yg nak kita lakukan, pastikan niat kita betul dan apa yg nk kita capai itu jelas, insyaAllah Dia akan buka jalan...

Semoga kita semua akan ditemukan dengan ‘guru’ yg baik bila mana kita mahukan sesuatu ilmu…