Friday, August 12, 2011

Ultimately, it's between us & Allah

seringkali hidup dalam dunia ini, kita ditemukan dengan orang2 yang memberi inspirasi, kata2 yang memberi semangat dan rangsangan, kejadian yang memberi kita pengajaran. banyak yang sebenarnya membantu kita dalam proses kita mendidik hati menjadi yang lebih baik.namun, fitrah manusia, seringkali leka dan lupa... terutama diri ini yang mudah lupa. sebagai inisiatif untuk mengingatkan diri dan sebagai rujukan masa akan datang bila diperlukan, i write it all here..in mai chamber!

kata2 yang i quote from my fav motivator, Prof Dr. Muhaya..beliau pulak dpt drpd orang lain..tapi kata2 yang indah itu kan sedekah..kita panjang2kan insyaAllah ada berkat :)



"Hidup di dunia ini,
Bersyukurlah kepada orang yang menyakitimu kerana dia mengajarmu supaya lebih TABAH,
Bersyukurlah kepada orang yang menipumu kerana dia meningkatkan PENGETAHUANmu,
Bersyukurlah kepada orang yang memulaukanmu kerana dia memupukmu untuk lebih BERDIKARI,
Bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkanmu, kerana dia memPERHEBATKAN lagi KREDIBILITImu,
Bersyukurlah kepada orang yang mengujimu, kerana dia MENGUATKAN KESABARANmu..."

Because at the end of the day..
it is not between us n those people...
it is all between us & Allah








No comments: