( for example, kenapa lah minah ni suka tiru aku? sampaikan kasut sebijik sejiban dia beli pastu pakai depan mata aku sampai aku rasa menyampah n pk byk kali nak pakai kasut yg sama tu ...)
anyway...
(ini muhasabah untuk diri sendiri...) benda remeh2 macam tu, kalau kita fikir byk2 pon xdtg faedah... malah bila kita keep on telling and complaining, benda nih jadi lagi teruk n xmustahil kita pulak jadi org yg macam tu.. jadi, byk hikmahnya kalau kita buat2 buta jer... xmati pon kan? biarlah dia yg mencipta identity sendiri based on identity org lain(terdekat sgt!) .. untuk lembutkan hati kita, untuk jauhkan hati dr pk benda nih lebih2... cari benda lain untuk alih perhatian... contohnya, baca cerita2 yg kelakar, cerita yg ada nilai2 motivasi dan teladan, cerita yg boleh buat kita rasa bersyukur dgn apa yg kita ada rather than complaining about the small things...
contoh cerita,
SEMOGA JADI IKTIBAR buat kita semua....…
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur .. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi.. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras.Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
masa kecik2 dulu, berangan nk jadi org bekerjaya,ada family and all without realising the hidden truth n the big responsibilities behind it... lagi bertambah usia, lagi bertambah komitmen dan lagi ligat otak kena bekerja.. dan seiring dgn tu, bg diri sendiri yg menulis ni..tiap2 hari kena motivasikan diri untuk jadi lebih baik... baik ada byk maksudnya... baik juga satu yg subjektif... tp bila kita hindarkan diri dr buat benda2 xbaik, secara tak langsung kita sedang cuba untuk maintain jadi org baik, or maybe improve to a level where we can consider ourselves 'improved'... alhamdulillah, syukur sgt2 sbb Allah bukakan hati, diselitkan disudut hati saya agar ada azam utk baiki diri dr byk aspek..sbb sy takut saya terlambat...atau dibutakan hati...
semoga bila saya alpa dan degil atau keras hati..sy boleh refer cerita2 sebegini dan cuba buat cara2 yg ada kat atas tu untuk dpt ketenangan... opss, baru teringat.. saya kena list down azam umur baru xlama lagi..fyi, azam tahun baru sy akan dibuat setiap 23jan every year...hik3(sbnrnya xsempat nk pk waktu awal januari tu..)
semoga orang2 yg saya dampingi juga, adalah org yg baik2, yg ingin cuba menjadi baik dan selalu fikir yg baik2...supaya aura kebaikan itu terkena pada saya untuk menjadi lebih baik...(eh, berapa banyak baik daa...)
tgk muka anak2 pon boleh lembutkan hati..especially waktu derang tido... tenangnya derang..
rifqi tido dalam senyuman...mimpi apa la agaknyer adek ni
adek baca buku
adek nak pergi jalan
adek baru bgn tido, dan abg rayyan yg suka bangun lambat
abg rayyan tunjuk skill main chess
adek rifqi yg suka hisap jari... bila nk buang habit tu dek oii!
adek minum latte... tomott
***peace***
No comments:
Post a Comment