sejauh mana kelakuan seorang anak itu boleh kita consider as 'nakal'? rasanyer ramai ibu2 yang risau kalau kelakuan anak2 mereka dipandang serong...atau lebih menyakitkan kalau ada yang menegur biar pun kata2 itu berlapik.sebagai seorang yang melahirkan, membesarkan dan mendidik, tak banyak sedikit akan terasa kalau teguran terhadap anak2 itu disebabkan oleh sikap mereka yang mungkin bagi setengah2 golongan agak 'tak berkenan'.. lain orang, bergantung kepada cara mereka dibesarkan,dididik dan environment sekeliling mempunyai persepsi yang berbeza mengenai hal ini...tapi bagi saya setiap anak2 itu istimewa dengan cara mereka tersendiri dan buruk atau baik, pujian atau teguran yang diberi atas sikap mereka semua adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa...
persoalannya, kategori bagaimanakah yang diklasifikasikan sebagai 'nakal' itu sendiri? kita sedia maklum, kanak2 suka meneroka, suka mencuba apa yang ada disekeliling..lagi dilarang, lagi wujud rasa ingin tahu apa akan berlaku sekiranya mereka melanggar larangan tersebut...rasanya kita pon sama jer kecik2 dulu.kalau kata 'jangan usik'..mungkin masa kita ada dia xberani buat..tp bila kita takde,dia try..for example, rayyan. selalu dah pesan kat dia, "rayyan kalau nak tulis..tulis kat kertas or book ok?" masa tu mmg dia angguk,ok saja..tapi pernah satu hari, balik kerja tgk ada lukisan ala2 lernardo da vinci kat dinding ruang tamu yang dicat oleh mamanya waktu pregnant rifqi 3bulan...mai reaction, of course rasa nak marah..1st sebab dah pesan, 2nd sebab penat mama cat dinding tu nak oiii!
tapi benda dah jadi, nak marah lebih2 pon buang masa n tenaga.i just confront him, tanya dia siapa buat..dia kata,"rayyan yang buat".. ok fine..bagus anak mama jujur orangnya."kenapa tulis kat dinding?lainkali tulis kat kertas tau..dinding tak boleh"..senyap jer... and a few weeks later, ada lagi karya baru yg wujud di dinding...tegur lagi..next dia conteng sarung cushion guna permanent marker pen dakwat merah lagi..bukan tu je,siap lukis2 kat tempat soket plug, kat kuku kaki dia sekali...mama dia xpernah lak mewarna kuku..aishh,anak..anak..
dalam kes nih, adakah ini nakal? adakah ini namanya tak dengar kata? adakah reaksi kita memarahi after one another? atau senyum kata takpe? see? bukan senang jadi parents kan? bila orang datang rumah kita tengok dinding kita penuh dengan karya agung anak2, apakah reaksi mereka agak2nya? someone said to me,' ko tak bagi dia kertas ke mai?', 'lenkali ko letak siap2 board tpt dia conteng so that everytime dia nak melukis dia tulis la kat situ..', 'sorokkan la pen apa sume...xde la menyonteng sana sini',' anak2 akak dari kecik mmg xberani conteng2 dinding' (anak awak dgn anak saya kena sama ke perangainye??)...hmm, kalau nak tahu, buku2 mmg diletak ditempat yg sangat senang nak dicapai oleh both kids..mmg dah beli board, tp end up pen itu tetap nk dicuba tulis ditempat2 lain.biasalah nak eksperimen.. bab banding2 anak ni mmg tak layan... kalau semua budak sama, alamat kita nih macam robot laa..saya dgn awak pon perangai kena sama la? boleh?
so, adakah kita sanggup memarahi anak2 hanya untuk puaskan hati orang lain, or hati kita sendiri yg bengang dengan teguran orang lain..setiap anak2 kita bina dengan tangan kita sendiri... i learned that kita tak boleh nk marah2 sangat anak2..teguran keras mungkin perlu tapi jangan sampai tahap melabel anak2 kita sebagai 'nakal, 'tak dengar kata', xboleh ditegur' dan sebagainya...apatah lagi ibu yang mana doa kita tiada hijab dengan Allah...apa yang kita fikir, apa yang kita fokus akan membesar..baik ita fokus pada sifat2 positif anak2 kita daripada risau fikir ok ke tak anak aku ni? baik kita pulangkan urusan itu kepada Dia yang lebih mengenali anak2 kita...minta diberi kekuatan untuk mendidik anak2 agar menjadi orang yang baik.
anak2 terbina atas imej diri yg kita beri kepada mereka...umur 0~7tahun budak2 serap apa jer yang dia dengar, nampak dan alami especially dpd kita mak ayah. someone i respect said that, kalau anak2 kita kurang ajar, bukan salah mereka tp salah kita yang kurang mengajar...dan cara mengajar itu bukan semestinya dengan kekerasan tapi lebih kepada cara berhikmah dan perbuatan... budak2 pon bukannya perfect macam jugak kita..kalau hari ni tegur tak semestinya mereka terus jadi baik..naluri ingin tahu tu,tak boleh la kita nafikan...mereka belajar dalam pada mereka bermain..mereka belajar dalam mana mereka melihat apa yg berlaku disekeliling mereka...sebab tu ada kata2 'anak2 adalah cermin kepada ibu bapa'..dan anak2 ini, suka akan pujian..kalau dipuji mesti senyum meleret2 n dia akan teruja nk buat kebaikan tu lagi dan lagi...bila dipuji tenaga mereka meningkat.mereka akan jadi orang yang positif...seronok kan kalau tgk anak2 itu jadi positif.didik diri mereka bahawa kalau dia buat baik kita bg kredit, kalau dia buat benda yg kita tak suka, kita buat tak layan...i myself dlm proses mempraktikkan taktik ini sentiasa... sama2 kita cuba :)
dan sebelum kita nak anak2 kita jadi baik, kita sendiri kena didik diri menjadi baik dan lebih baik...kita kena jadi perubahan apa yang kita nak orang lain jadi..kalau kita nk anak2 menjaga aurat, kita dulu,mesti menjaga aurat kita...saya menyeru diri saya sendiri...
hanya berkongsi pendapat dan pengalaman bahawa tiada anak2 yang tidak baik...cara kita mencorakkan dia yang menentukan nanti besarnya menjadi insan atau raksasa yang bakal makan diri kita sendiri...sama2 kita kongsikan ilmu yang diberikan oleh mai favourite tok guru;
3 comments:
kita pn sependapat dgn mai. kita xsuka org memandai2 judge berkaitan dgn cara mendidik anak2. kalau setakat nk share pendapat n sebagainya ckp baik2 kita boleh terima. sejak dh ada anak ni especially kalau nmpk anak2 org lain notti kita senyum je sbb lumrah anak2 mmg begitu. nama pn 'kanak2' ye tak? kita mmg panas telinga kalau dgr org lain judge anak org for example, 'cuba tgk anak org tu bla bla'. ewah mcm la anak kita ni sopan sgt duduk diam mcm anak patung kan. kan best kalau masyarakat kita lebih memahami n menghormati fitrah anak2 tu :)
betul la ina..kadang2 ada manusia nih slumber komplen cara org lain jaga anak secara terbuka kat fb,email,blog n sebagainya..i mean,kalau xberkenan xyah la nk bitau satu alam mcm awak tu bagus didik anak.rasanya semua parents mahu n tahu apa yg terbaik utk anak2 mereka..n kalaupon kita rasa ada certain parents tu xpatut buat something,bukan position kita pulak nak menegur memandai2..selagi perbuatan parents tu tak menggugat keselamatan anak tu,rasanya kita xde hak.pernah sekali ada org bising pasal parents yg bawa anak2 keluar sampai tgh mlm lepak2..mmg la rasa cam kesian kat baby tu,tp hmm..xyah la nk bitau sume org mcm dia baik sgt...ntah laa..tu sbb mai kata,lain org lain definasi mereka towards some matters.terima je la mereka seadanya... :)
thanx for ur comment ina..rindu kat kamu!
betul tu mai.., lagi satu dah nama budak kan.., lagi kita larang lagi tu laa dia nak buat..! tgok pd diri sendiri cukup.., kita yang dah tua berakal nie pun.., kdg2 dah tau benda tu salah pun still buat kan.. ni lagi laa budak..! lagi pun peringakat umur skarang nie mmg dia akan explore semua benda..! kita larang hari nie.., esok dia buat balik.. as a parent.., kita kene laa cari pendekatan camne nak didik dorang..! lagi satu budak2 skang nie semua bijak2.. so kita as a parent kene main peranan..! diri kita mmg cermin dorang.., kita guru dorang..! mcm mana kita didik mcm tu laa hasilnya..! lagi satu kdg2 dorang nak bandingkan dgn anak dorang yg umur dah berapa dgn anak kita yg baru nak kenal dunia..! please laa.. masing2 jge je laa rumah tangga sendiri tu lagi baik rasanya..! aku nie lagi laa.., 3 hero..! tapi apa pun kita yg bentuk peribadi mereka kan..
Post a Comment