Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih.Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.
Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full-time-house-wife" tu, meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.
Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi.
Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim". Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".
Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.
Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.
Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia. Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang?
Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu; menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah, mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya, menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik - yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.
Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu. Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya. Tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.
Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di kafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti. Sebab kita sudah kenyang.
Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.
Amalkanlah wahai suami!
love this article.it reminds me of mai words to him before we got married. i wish..hope that our relationship will stay like org yg baru bercinta forever... jalan berpegangan tangan ke mana2, sentiasa usik-mengusik antara satu sama lain, penuh dgn ketawa dan senyuman..of course menangis bersama..berkongsi masalah bersama...let we both know that we have each other to say just about anything..there's no other perfect person to be a listener... just imagine if you have sooooo much in mind, soo many things that happens to you that you want to share, to brag about but you have no one to say those things to... terutamanya org perempuan, mmg byk perkara yg bermain dlm mindanya, byk yg difikirkannya..kata2 suami se'simple', "how's your day today?" meant soooo much... it's a key telling her that she can tell him everything... but be sure not to judge her.. advices are welcome... talk with smile on your face.. smile even if you're talking on the phone...do you know that a smile you make on the phone make a difference in your voice tone? it does says you're smiling from the end of the line... it meant that she can go on and say it... guys sometimes forget to smile... they forget to make women smile... they forget to make us laugh..because they have some other important job to be done.. or maybe he's just tired from work...
but, have you ever stop and think?
that women have just about the same workload?
be it a housewife or a working mom... they are doing things that involves man..
... attention to wife is just as important as attention to kids ...
daripada pengamatan peribadi, ramai mak ayah yg begitu ambil berat ttg anak2... kalau anak2 jatuh n luka semua gabra...kalau salah seorang suami atau ister luka or sakit? adakah sama perhatiannya? kalau anak2 xmakan,risau bukan main...tp partner makan ke x mkn arini, ada tanya tak? huhuhu...
for me, anak2 sampai satu tahap..kita akan berpisah dgn mereka ..be it, mereka masuk sekolah asrama, masuk universiti or finally kahwin dan mempunyai rumahtangga sendiri...
tapi suami atau isteri,bermula dari lafaz nikah..berjanji utk menjaga antara satu sama lain, memberi nafkah dan manjaga kebajikannya... sehingga apabila anak2 sudah berumahtangga dan duduk berjauhan..si dia masih bersama kita... that's what love for eternity...till the heart stops beating...
just mai personal opinion
:)
No comments:
Post a Comment