betul lah kata2 bahawa, “ Bila anak murid sudah bersedia, guru akan datang”… sebagai seorang pendidik..mula2 mmg tak dpt tangkap maksud kata2 ni2..al-maklumlah, selama ni mengajar ikut schedule…biasanya cikgu masuk kelas sama ada anak2 murid dah sedia atau belum..walaupon most of the time, anak2 murid tak sedia sbb di tpt sy mengajar, masa pembelajaran sangat panjang, 8am~6pm… jadinya, murid2 seakan2 xsempat nk ready, cikgu dah masuk…kalau ada kuiz, biasanya student mmg xready..ada je minta masa nk study lg sket…perkara biasa.
Sebab itu kali pertama mendengar kata2 ini drpd tok guru kegemaran saya, Prof Dr. Muhaya… rasa cam xboleh nk dalami maksudnya.tp sekarang, baru saya faham apa sebenarnya yg dimaksudkan oleh beliau…
Baru2 ini, saya byk berfikir mengenai rayyan.Usianya sudah 5thn dah sudah masuk ke sekolah..tp kemahirannya dalam bersosial dan belajar mencuri perhatian saya. Tempoh berjauhan selama 6bulan, bukanlah alasan konkrit untuk saya menyalahkan diri tidak mengetahui perkembangannya, tp naluri seorang ibu inginkan yg terbaik untuk anaknya menyebabkan saya selalu berfikir, apa yg patut sy buat sekarang untuk bantu dia. Rayyan seorang yg agak pemalu dan lebih prefer hidup dalam dunianya sendiri. ini adalah kali pertama dia masuk ke institusi belajar secara formal.hatta masuk taska pon xpernah.100% diulit dgn mama,papa, atuk n nenek… so u can imagine how ‘manja’ he is!
Jadinya, saya banyak berfikir, merenung ke dalam diri sendiri apa yg telah saya buat, yg patut saya buat dan cari jalan untuk bantu dia. Niat saya sangat kuat untuk bantu dia. Saya mula search di internet, bertanya kawan2 dan buat eksperimen sendiri. Bila saya buat semua itu baru saya sedar bahawa saya pada ketika ini berada dlm situasi seorang ‘anak murid’ yg dahagakan ilmu dalam mendidik anak. Dan pada saat itu juga, bermacam2 info saya dpt yg sekaligus menjawab satu demi satu persoalan saya berdasarkan kegagalan dalam eksperimen yg saya jalankan. Bukan itu saja, saya juga mendapat ilham dan ilmu tambahan untuk mencuba pendekatan yg lain… dan yg canteknya, bila niat itu kita arahkan kepada-Nya, jalan menjadi lebih dilorongkan… seakan2 ada guru yg membantu kita dlm ‘research’ yg kita buat.. itulah mungkin maksud kata2, ‘bila anak murid sudah bersedia, guru akan datang’… bila kita dahagakan ilmu, kita mahukannya dengan niat yg betul, guru yg baik akan datang mengajar… ‘guru’ dalam konteks ini bukanlah bermaksud manusia sahaja semata2, boleh jadi bahan bacaan, pengalaman org lain, internet dan macam2 lagi… terasa sangat indah dan semakin bersemangat! Jadi, yakinlah bahawa bila kita sudah bersedia dan ingin mempelajari sesuatu, pasti ada guru yg akan datang mengajar…
satu lagi kata2 yg baru saya belajar,
"When the intention is clear,
The method will appear."
so apa2 pun yg nak kita lakukan, pastikan niat kita betul dan apa yg nk kita capai itu jelas, insyaAllah Dia akan buka jalan...
Semoga kita semua akan ditemukan dengan ‘guru’ yg baik bila mana kita mahukan sesuatu ilmu…
No comments:
Post a Comment