Thursday, April 8, 2010

Rezeki Dari Dia - Congratulations on the good news!!

pertama2, ingin mommy panjatkan kesyukuran kepada Allah,kerana hari ini sekali lagi mommy dikhabarkan dgn satu lagi berita gembira...berita yg boleh kata mommy nanti-nantikan dpd insan yg seorang ni... Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah menanamkan zuriat dalam rahimnya... happy sgt2 sampai mommy yg tersengih2 gembira bila dpt tau td...

menerima berita itu, mengingatkan kembali mommy pada saat awal2 mommy mula mengetahui ada nyawa dalam rahim mommy... that's rayyan! my very 1st enry in this chamber . the reason i made this blog,to share the joy and remember the journey.masa conceived adek pon happy jugak! tp biasanya, pasangan yg berkahwin akan sgt2 look forward nk dpt 1st baby.manakan tidak, tak sabar nk rasa ada zuriat sendiri, produk hasil kasih sayang dan cinta kita pada pasangan. bukan boleh direplikasi, takkan ada duanya..dan juga, ingat! bukan semua org diberikan nikmat seperti itu..walaupon hanya sekadar seketika(yer,seketika!)... nikmat mengetahui bahawa hidup kita sebagai wanita bakal menjadi sempurna setelah kita bergelar ibu kelak, nikmat diberi peluang untuk menjaga satu nyawa dan melahirkannya, nikmat merasa perasaan bila pertama kali menatap wajah yg berkongsi makanan dgn kita selama mana kita usung dia ke sana ke mari, nikmat untuk menyusukan dia dgn susu yg dtg dr badan kita sendiri...nikmat utk berkongsi kasih sayang,susah senang dgn pasangan kita dlm membesarkannya kelak, dan nikmat untuk tahu bahawa Allah sayang pada kita dan memberi kita peluang untuk melahirkan khalifahNya.

tidak dinafikan, semua ibu..kalau tidak byk, sedikit pon..pasti akan ada terbit rasa risau, gundah, bimbang akan kandungannya... dr segi kesihatan baby, sempurnanya baby, kebimbangan menanti saat2 kelahiran, saat2 selepas kelahiran, bimbang akan keupayaan diri sendiri utk menjadi ibu bapa yg baik, bimbang akan akhlak anak2 yg bakal dibesarkan ect it'slike neverending worries if u want me to make a list... cuba kita fikir, pernah ke hidup kita ini sunyi dpd kebimbangan??? bukan sekadar dlm konsep zuriat, tp dlm segala aspek dlm hidup kita? ada tak perkara yg bakal berlaku dlm hidup kita, yg kita yakin pasti baik akan kesudahannya... ada ke?? kalau jawapan anda ADA, anda mmg hebat! kenapa mommy kata hebat? sbb anda boleh meramalkan benda yg belum terjadi... hidup bukan seperti persamaan 1 + 1 pasti akan jadi 2... hidup adalah satu masalah matematik yg rumit... pernah jumpa masalah matematik yg rumit? sedangkan matematik itu,kalau kena caranya,jalannya.. pasti kita jumpa jawapan akhir..cuma kadang2 jalan nak sampai ke jawapan tu sgt la berjela2... tak cukup satu kertas A4... sorry la kalau perumpamaan mommy pkl 3pg nih sukar utk difahami...tp sejak berjumpa sahabat yg mommy sayang td, dgn berita gembira yg disampaikan dlm nada kebimbangan dan kegusaran kerana sejarah dalam keluarga... kerana apa yg pernah berlaku pd keluarga terdekatnya seakan mendominasi perasaan gembira dia utk menyambut cahaya mata.buat mommy xboleh nk lelap mata... asyik2 terfikir... i need to do something!

mommy igt lagi waktu nak mintak dgn atuk utk berkahwin pada usia 22tahun... masa tu masih lagi belajar.baru habis thn 2 di universiti...luar negara pulak tu,jauh dr pantauan famili...atuk setuju,mmg suka anak2 dia kawen cpt tp adik-beradik lain yg suaranya lebih veto drpd atuk menolak bulat2, membangkang dgn memberi byk alasan. dlm usia semuda itu, bila difukirkan kembali...wajarkah membuat keputusan sebesar itu? tp mommy nekad dlm hati, aku nk jadi seorang isteri kepada lelaki yg aku cintai..dan xkan ada lelaki yg boleh cinta aku seperti dia...aku nk lahirkan zuriatnya dan kami akan bahagia,insyaAllah... masa tu,mommy takut  something will happen if we don't get married, mommy takut xsempat nk jadi isteri dia, takut xsempat nk pegang title ibu kpd anak2 dia... semua disebabkan risau dan bimbang... tp kerisauan dan kebimbangan yg terdorong dr niat yg ikhlas... dgn doa dan berharap agar Allah berkati keputusan itu..dan Alhamdulillah,skg dlm usia perkahwinan mencecah 5thn dan perkenalan selama 7thn...kami masih tak boleh hidup without each other..hatta xjumpa sehari, hati dah gusar xtentu pasal... dlm sehari xboleh kalau xdpt peluk,cium dan sediakan makan minumnya... dah lari topik neh...apa yg mommy nk sampaikan ialah, xsalah untuk risau dan bimbang,tp pada masa yg sama kita tak boleh berputus harap dan tidak percaya pada Qada' dan Qadar Dia.. sekecil2 mana pun nikmat itu, wajar kita syukuri walaupun kita tidak tahu sejauh mana ia akan bertahan...yg pentng kita cuba sedaya upaya,lakukan segala yg termampu, bykkan doa dan bersangka baik dgn Dia...sbb hakikatnya,kita tak tahu apa2 yg telah dituliskan olehNya... kalau kita fikir yg baik2,insyaAllah Dia akan beri kita apa yg kita selalu kita mintak.. Dia kan Maha Pemurah, Maha Mendengar dan tak pernah mungkir janji.bila kita terlalu fikirkan sesuatu,negatif atau positif, kita sebenarnya secara tidak langsung sdg menarik imaginasi itu dekat dgn kita, lama kelamaan, makin kuat kita imagine, makin dekat la ia lalu menjadi kenyataan.sedar atau tidak, kata2 hati kita juga adalah doa.. sbb tu kita disuruh jaga hati..mmg bukan senang nk jaga hati...jd selalu la berfikiran positif dan fikir yg baik2.satu kata2 yg mommy selalu igt ' We are what we think' .kalau kita fikir yg baik2, insyaAllah baik la jadinya..jika tidak,mungkin itu yg terbaik buat kita.

apabila satu nyawa dicampakkan dlm rahim seorang perempuan...yakinlah bahawa kita telah memilikinya..kita dah jadi ibu.walaupon anak itu belum lahir, belum diketahui lama mana hayatnya, belum diketahui sempat atau tidak kita membesarkannya... anak itu tetap milik kita... jangan terlalu difikirkan jarak masa 9bulan lagi utk bertemu dgn dia, sebaliknya nikmatilah sangat2 indah anda mengetahui kehadirannya, saat anda tahu dan menyedari anda membawa dia ke mana saja anda pergi, saat anda tahu ada satu lagi nadi dlm diri anda yg anda akan jaga sebaiknya... nikmatilah saat2 yg terdekat, jgn fikirkan yg jauh2 yg belum kita tahu akhirnya. enjoy today! enjoy this moment! enjoy the joy!

mommy mmg tak suka org berfikiran negatif walaupon dulu mommy seorang negative thinker..tp usia mematangkan... byk dah yg mommy kesali dpd berfikiran negatif.. mungkin ada yg mengatakan, mommy tak faham perasaan tuan punya diri, mommy tidak berada di tempatnya, mommy tidak rasa bagaimana dia rasa... jawapannya, mmg mommy tak tahu, mungkin takkan sedikitpun tahu. tapi mommy tahu, perasaan seorang ibu itu kuat, gerak hati ibu itu kuat, semangat seorang ibu juga kuat, kasih sayangnya apatah lagi... dan yg pasti Dia Maha Adil. kenapa kita nk mempersoalkan apa yg terjadi kpd org lain? berhakkah kita utk berfikir yg bukan2, yg negatif ttg zuriat yg dia tanam dlm rahim suci kita?bukankah kita patut bersangka baik? bukan kah kita disuruh supaya berdoa dan berharap pada Dia? bukankah kita disuruh menjaga anak itu selama mana dia dlm kandungan kita, biarpun usianya mungkin tidak panjang? dan adakah kita hanya akan gembira dgn nikmat itu bila kita dapat dakap dia???  dan meratapi,menyalahkan diri dan keluarga,menyesal sekiranya kita tidak diberi peluang utk memberi susu kita pada dia?tidakkan itu zalim? after all, semua itu ..semua yg kita ada adalah pinjaman..macam mana pulak dgn org yg belum lagi dikhabarkan dgn berita gembira bahawa Allah telah beri peluang utk dia ada zuriat? owh, sesungguhnya mommy dah emo pagi2 buta nih...

tak perlu lah kita fikir jauh2,fikirkan saja nyawa kita sendiri.adakah kita tau bila akhirnya? suami kita? mak ayah kita? kalau nk timbang tara, berapa byk benda yg kita nak bimbangkan..tak terkendong kebimbangan tu dgn hati yg kecil ini,dgn fikiran yg sudah sedia ada byk masalah... cukuplah sekadar melihat hidup dlm jarak yg terdekat, kerana yg jauh itu biasanya belum pasti.even yg dkt pon blom pasti,kan? seperti kita memandu kereta di waktu malam.. kita tau destinasi ke mana arah tuju kita..walaupon perjalanan itu beratus kilometer, lampu kereta kita hanya mampu menerangkan perjalanan kita untuk jarak 200m dihadapan shaja... selesai 200m,kita menuju ke 200m seterusnya..sehinggalah kita sampai.kita bergerak dlm keyakinan dan apa yg kita nampak dlm 200m sahaja..on the way tu, mungkin ada kera melintas ke, tayar pancit ke, perut lapar kena berhenti kat R& R ke..mcm2 kan?pepatah inggeris, a long journey starts with a single step.make the most of that single step..so you'll make a beautiful journey...

entri ini bukan niat utk memandai2, bercakap mcm bagus atau apa2 persepsi negatif yg anda bakal fikir... tp mommy menulis dr pengalaman dan niat yg ikhlas utk memberi semangat.. untuk memberi sokongan.. melahirkan rasa naluri seseorang yg pernah melalui sedikit pengalaman menjadi ibu.rasa sebak bila menulis ttg anak... 'anak' is a very sensitive issue for me.. akhir kata, byk2 la kita panjatkan rasa syukur pd apa yg Dia dah beri pd kita, byk2 kan doa agar kita tidak jd hamba yg kufur, byk2 kan berharap agar Dia sentiasa berikan yg terbaik utk kita... apapun, kita akan kembali kepada Dia.

inilah buah hati saya... rayyan umur 1tahun masa balik kampung fukui 2008



11 comments:

kew_chop said...

thanks mai, sgt memberi semangat pada diri ini. sgt sebak bila memikirkan tentang anak dan bila masa kita dijemputNya..

zura said...

huhh.., penuh emosi entry kali nie..! tgh2 bace terus call amsyar..! erm betul tu mai.., isu anak nie mmg isu senstif..!

selalu fikir sebenarnya.., camne la kalau ditakdirkan nyawa tak panjang.., sape yg nak jg dorang.., boleh ke org lain jge dia same mcm kita jge..!

beratkan sebenrnya tgjwb ibu nie.., tapi seronok meneruskan hari bersama-sama dengan telatah mereka..!

Semoga kita same2 dapat mkembentuk dan mendidik anak2 kita menjadi manusia yang berguna hendaknya..! same2 lah kita menaikkan semangat each other dalam melayani kerenah mereka kelak..!

mysara said...

kew_chop;
mai pon,sambil menulis sambil mengingatkan kat diri sendiri... kadang2 lupa kan

zura;
semoga kita sama2 sentiasa diberi kekuatan dan dilindungi dalam ihsan kasih DIA.

Fith said...

betul tu mai,nikmat hamil n dapat anak ni mmg tak dpt nak digambarkan...

Fith said...

Mai,
ada award n tag di blog fith,sila2 ambil yer,hehe

mysara said...

hait2..arigatou! buat susah2 je fith..hik3

afu-chan said...

panjang lebar ceritanya, but every story has a moral.

thanx for sharing, boleh jgk ambik pengajaran ;)

mysara said...

afu-chan;
arigatou! aku mmg jarang menulis panjang lebar,takut org bosan.. tp this time,byk pulak yg nk diluahkan..hehehe... syukur kalau dpt sama2 ambil iktibar

elah said...

ni masaka bdk kecik tu dh preggy?!

mysara said...

alhamdulillah, dah sampai rezeki dia... no more 'budak kecik' i guess...huhuh

elah said...

heheh souka2...alhamdulillah.kene blaja duk diam2 skit ah lepas ni kalo x pening baby dlm perut huhuh :P