Semenjak jadi student balik, saya byk memerhati dan mengkaji tindak tanduk sensei2 saya. Saya mmg suka kaji orang.. ;). Kemudian, saya jugak buat perbandingan antara pengajian semasa jadi student engineering dulu, jadi peseta kursus bahasa bersama lebih 50 peseta dari pelbagai negara selama 6bln di urawa dan juga situasi Sekarang sbg pelajar jurusan bahasa di Universiti.
Dalam banyak2 pemerhatian saya, Ada seorang cikgu ni yang menarik perhatian saya. Mungkin cara beliau adalah satu style pembelajaran yg biasa kita lihat di mana2 university, tapi saya rasa sayang pada satu sudut bila mana beliau selalu rasa beliau saja betul..dan pandangan atau idea anak murid ini kecil dimata beliau.apapun, mungkin saya saja yg rasa begitu tapi saya ada hujah menyokong statement saya.
Berbanding dengan suasana pembelajaran sewaktu zaman belajar degree dalam engineering, bole dilabelkan saya ini sebagai seorang pelajar yang pasif. Saya kurang bertanya, tidak membuat persediaan awal utk kelas, dan hanya akan belajar sungguh2 bila hari peperiksaan sudah betul2 dekat..in other words, last minute study!
Tetapi, sewaktu berada di urawa, persepsi saya terhadap pembelajaran dlm kelas bertukar 360darjah. S ya mula seronok untuk ke kelas, suka utk buat persediaan awal dan sudah mula ulangkaji walaupon peperiksaan masih jauh lagi... Salah satu sebabnya mungkin sbb MINAT. Saya mmg suka belajar bahasa, sbb tu saya jadi cikgu bahasa.. Kemudian yg paling menambat hati saya unutk terus belajar adalah suasana pembelajaran dalam kelas itu sendiri.
Kami tidak hanya menjadi penerima, tidak hanya menjadi pendengar dan melihat sahaja, segala pancaindera kami digerakkan secara serentak. Minda kami sentiasa disuruh untuk berfikir, mulut kami sentiasa digalakkan untuk bercakap apa yg kami rasa dan fikirkan. Secara tidak langsung, kami juga dididik bagaimana untuk menjalinkan hubungan sosial dikalangan pelajar yg berlainan warganegara,agama dan latar belakang. Di sini, tugasa seorang guru tifak lagi hanya berdiri di hadapan, menyampaikan dalam bentuk bicara mulut semata2. Beliau seakan2 merendahkan kedudukan beliau sebagai guru,yg sememangnya didada penuh dgn ilmu dengan mengajak para pelajar sama2 berkongsi buah fikiran. Konsep tidak ada yg betul2 betul dan tidak ada yg salah secara total telah berjaya menjadikan kami, terutamanya saya yg sedari awal melabel diri sendiri sbg pendiam dan takut utk meluahkan apa yg ada dalam fikiran kepada seorang yg lebih banyak berdiskusi dan secara tidak langsung menjadi lebih. Bersemnagat dan ceria.
Mmg tidak dinafikan, sekiranya kita cikgu matematik sudah tentu kita lebih banyak mengajar pelajar bagaimana utk menyelesaikan sesuatu masalah matematik, namun.. Yang ingin saya tekankan disini ialah interaksi antara guru dan pelajar. Sekarang saya sedar, guru perlu melibatkan pelajar dlm kelas. Kalau bole, galakkan pelajar untuk suka berkomunikasi dgn kita dan tidak takut untuk bersuara. Terutamanya dalam pembelajaran bahasa asing, menguasai bidang tatabahasa, vocabulary dan prinsip sahaja tidak cukup.. Praktikal jugak harus dijalankan secara seiring. Kita tidak mahu anak2 kita hanya pandai mengarang karangan yg hebat dalam bahasa asing tp alangkah baiknya juika dia dpt memanfaatkan kemahiran itu dlm percakapan dan komunikasi. Penguasaan bahasa tidak terhad kepada penulisan, sbg contoh ada org bole berbahasa jepun dgn baik tp tidak bole menulis kanji dan sebagainya.
Apa yang ingin saya sampaikan disini, jadilah kita guru yg meletakkan diri kita setinggi,selaras dgn insan2 yg ingin kita didik. Jangan merasakan kita lebih sehingga tidak mahu menjadi pendengar. Kadang kala, ada banyak perkara yg dpt kita pelajari dr anak2 didik kita.
Saya berazam, untuk jadi pendidik yg lebih baik dr sensei2 yg saya lihat disini. Bg mereka, mendidik itu hanya satu kerjaya.. Tapi bg kita, ia adalah satu ibadah..dan anak-anak didik kita itu meruoakan saha, jangka panjang kita nnti...semoga Allah tetapkan hati saya atas azam ini,insyaAllah...
2 comments:
hhihihi...tetiba terasa nk guna google chrome. tetiba nk tgk senarai book mark dulu2. tetiba jumpa folder blog. tetiba nampak blog mai. tetiba rasa nk "klik". tetiba nampak updated! hahahhaha.....
just nk betulkan. statement 360 darjah berubah akan bawa ke titik asal! it slhd be 180 degree dear :)
missed you and the kids.
Zoraida senseiiiii!! Kita mmg Ada chemistry la.. Sy update ni senyap2 je hope xde org baca heheh.. Btw, betul la ckp sensei.. 360darjah balik semula titik asal.. 180darjah yg menunjukkan perbezaan yg betul2 opposite..arigatou!! Lama xdgr advice sensei, rinduu.. Miss the girls too!!
Post a Comment