alhamdulillah, kes kecurian aritu halfway selesai. 3hari selepas hari kejadian, inspector yeap berjaya menangkap suspek, orang tengah dan jugak pembeli laptop berkenaan
.(uishh,skema ayat pagi2 nih).. ahad lepas, inspektor yeap telefon suruh kami balik bp hari isnin untuk selesaikan hal tu. kalau ikutkan hati kami, mmg taknak bg peluang kat org giller tu..tp bila fikir melibatkan byk pihak yg juga merupakan orang terdekat, xnak la kemudian hari nnti bermasam2 muka. setelah berfikir panjang, kami cuba merelakan keputusan untuk membiarkan org giller itu terlepas dr hukuman walaupun ini bukan kali pertama dia ditangkap.
on friday, one of the family member of org giller called trying to convince us to let go of the case. we said, we have no intention of letting a criminal walk away, plus this is not his 1st time. he has done this before, been caught and apparently didn't learned any lesson from it. when we voice out our decision, he said some not nice things that makes us feel like we are the bad ones... mmg sakit hati sgt2. derang ungkit kata benda dah dpt balik, lepaskan je..nnti lepas raya kita cuba masukkan dia dlm pusat pemulihan bla..bla..blaa.. 1st of all, i said, luckily dpt balik brg tu..kalau tak dpt?? sape yg rugi dlm situasi ni?? us with the lost of almost rm7k! ada org nk kesah?? 2nd point,once org giller tu dah lepas..apa guarantee that he's not gonna run away? can u give me any guarantee?? nope, i don't think so! 3rd, kenapa la ko nk bela lagi org mcm tu?? darah daging sendiri pon, yg salah patut terima hukuman.. deal with it laa.. byk la lagi point aku nk bebelkan..tp lom sempat abis hujah dia dah letak tepon. after all these years, how come you don't understand this human creature named MAISARAH???! i'm stubborn, don't you remember??
tp lepas drpd tu, i come to think... this time...fikir panjang2..fikir secara waras.xnak ikut perasaan hawa nafsu keras kepala sendiri.timbang2 pros n cons.. and kesimpulan i gave to emir was, sedangkan nabi ampunkan umat..siapa la kita nk hukum dia lebih2..mungkin kali nih dia lepas drpd hukuman... tp hukuman dr Dia sudah tersedia.Allah nk uji kita, nk uji sabar kita..nk uji sifat pemaaf kita.. let just let this go..for the sake of long term relationship.for the sake of his family that i also love. kali nih, kami rasa kami dah buat keputusan yg biarpun tak berapa adil, tp menggembirakan byk hati.
hari isnin tu, kami berdua mmg tak boleh cuti sebenarnya..tp kalau kami tak balik juga pada hari isnin takut tak sempat nk tarik balik kes. setelah menerangkan situasi kpd toda sensei, dia pelik kenapa kami nk tarik balik kes, sedangkan org giller tu mmg dah mengaku salah. sewajarnya dia menerima hukuman. tp itu laa... mcm2 perkara yg bersangkut paut dgn benda nih yg akhirnya, to let go the case is the best way for all... well, maybe not for us! selepas subuh kami bertolak pulang ke bp berdua, of course tak bawa rayyan because we wanna settle this matter on the very same day.. takut rayyan buat hal.xnak lepas nih kena ulang alik dudk dlm kereta berjam2, end up asek kena amek cuti..masalah jugak nnti.sampai jer kat sana, waktu kami sampai di pintu mahkamah, si orang giller dlm perjalanan keluar mahkamah with his family... sambil nenek dia nangis2.dia dijamin oleh neneknya rm2500..woww..rm2500 bukan sikit utk org susah seperti keluarga tu, tp demi kasih seorang nenek, sanggup keluar duit simpanan kerana tak sampai hati nk biarkan cucu duduk dlm lokap.kalau tak dijamin pagi tu, org giller akan dihantar ke penjara simpang renggam pd pkl 10pg hari yg sama.belum sempat tarik kes, dia dah dijamin..kalau dah tarik kes xperlu keluar duit byr duit jamin.tp emir kata, xperla..biar derang rasa susah sikit..kena pergi bank,fikir byk kali nk keluarkan duit beribu utk selamatkan ahli keluarga.. biar terasa sikit. i understand her feelings but i don't think that's the best way to teach her grandson.. remember i vow to give him a punch on his face..well, i refrain myself from doing so...kang buat scene depan mahkamah pulak.furthermore, i don't see the point of doing that.looking at his muka-tak-bersalah..mmg buat orang nih lagi sakit hati. i asked him why he took the laptop. he said he needed money to pay his debt.. and that the guy he owes threatened him if he doesn't pay back the money. the problem is why do u have to borrow that stupid chinese guy money at the first place. what is it u desperately needed that force you to borrow that much amount of money.and then, he went on babling about his brother's debt that he has to repay..blaa..blaa..blaa.. after all he has done, do you think there's any room for me to believe any word you say?? despite his crimes, the family seems to be cool..no scolding, no pressure given to him... they bring org giller home as though welcoming him home from the hospital... not from the court from a crime he clearly confessed he did!! tak paham macam mana pemikiran orang2 disekeliling dia... tak hairan la kalau lepas nih dia ulang balik buat jahat. hopefully not..astaghfirullah...
lepas dia keluar, kami pulak yg kena menunggu depan court tu untuk pendakwa raya.. lama sungguh dia duk bicara kes lain kat dlm. pkl 10 sampai sana..pkl 2 baru siap.sempat jugak tgk aksi2 penjenayah kat court.kebanyakkannya dtg dr family org susah.yg dtg jamin or melawat makcik2 tua... syian tgk derang. sempat jugak amek gmbr gari..hehehe..dpt pengalaman masuk court tp masa i masuk dah abis bicara..cuma sempat tgk hakim...sikit punyer muda remaja..pompuan umur 24thn lak tu.. mcm budak2..siap buat lawak masa biacara..org kat dlm court sume mcm takut2 ngan dia, tp dia relaks jer.. xde pulak dia pakai rambut cam hakim dlm tv yg kaler putih curly2 tu...hehehe..tak cun la kan..
lepas jumpa pendakwa raya, kami buat surat itu ini, gi balai polis balik.. pastu balik semula ke court..akhirnya siap gak urusan tarik balik kes.kami pos je surat tu ke pejabat pendakwaan muar. bila derang dah pertimbangkan bole atau tak tarik kes.. baru laa duit jamin tu boleh dpt balik, org giller terlepas dr hukuman... owh, btw hukuman untuk mencurik laptop boleh tahan berat..boleh sampai kena penjara..kalau tak silap, katanya penjara 1stgh tahn atau rm10ribu. bila fikir2, pasal masuk penjara sampai setahun stgh tu..kesian pon ada.. takut pon ada..kalau dia betul2 jatuh hukuman pastu berdendam ngan kitorang..uishh3..jgn fikir merepek.mungkin juga family dia seboleh2nya nk elakkan org giller masuk penjara sbb malu..yerla, once dah masuk penjara..mcm2 cite dlm penjara tu, wallahualam laa..pastu bila keluar kena cop banduan.. time tu..mesti hidup dia lagi susah... hmm... i hope we made the right desicion...
sekian saja...nnti saya tepek gmbr gari bila balik rumah nnti!
"Maaf adalah kata benda yg beerti keampunan. diberikan kepada kesalahan kerana didorong perasaan kasih, cinta, sayang mahupun tak tega. ketika menjadi kata kerja memaafkan, maknanya sebuah tindakan yg penuh akal bijak kemanusiaan yg tinggi"
"memaafkan mengandungi rasa mengampuni, tetapi tidak menjanjikan untuk bersedia menganggap itu tidak pernah terjadi. tetap menuliskannya dalam sejarah, namun tidak lagi dengan luapan emosi.peristiwa tersebut dilirihkan, dikendurkan agar tak mampu menyentuh perasaan lagi"
"memaafkan dan melupakan dilakukan kerana tiada guna menahan perasaan yg justeru membatasi kita dalam bergerak.memaafkan dan melupakan dilakukan kerana buat apa perasaan yg dimiliki justeru malah menyempitkan hati.memaafkan dan melupakan dilakukan kerana ternyata perasaan yg kita tahan membezakan perilaku kita sesama saudara. memaafkan dan melupakan dilakukan kerana jika ternyata emosi yg kita tahan bukan kerana Allah S.W.T"
"sungguh, memang perasaan manusia terkadang menjadi perasaan yg tidak mudah dimengerti. tp Allah S.W.T memberikan manusia hati dan akal yang membuatkan manusia lebih mulia dari makhluk lainnya yg digunakan untuk memahami.memiliki sifat memaafkan dikatakan sifat yg mulia. kerana dalam sifat maaf terhimpun sifat2 mulia lainnya. hanya dengan memiliki kesabaran dan kelapangan jiwa yg dapat memaafkan dengan tulus."
betapa benarnya kata-kata ini....truly, we learned a lot from what had happened
updated!!
berbekalkan camera point & shoot yg sentiasa ada dlm handbag,sempat jugak snap gmbr2 haram di mahkamah.gmbr dlm court jer tak berani.kang ada yg tambah kes lain pulak..hehehe.syiok jugak amek gmbr2 camni :)
ini la gmbr gari yg saya ambil curik2.. masa polis xde.bila minta permission nk amek gmbr, polis tu tak bg.. huhuhu.dpt jugak akhirnya! jakun kan? bukan selalu dpt tgk live
kat sini la buat report... kat sini la jugak buat report utk tarik report...
sambil2 tunggu tu sempat la snap2 gmbr kereta polis nih..macho gak!
peguam?? bukan2, ni laki saya...hahaha.dlm geram2 tu bole pulak buat posing poyo.
bangunan pos ofis ni, antara bangunan tertua di Batu Pahat. sajer amek gmbr nih masa tunggu emir gi pos surat permohonan untuk tarik kes..
9 comments:
tu lah, muungkin kalau kes macam ni maaf adalah perkara terbaik wpon saaaaakitnya hati kita .
dugaan betul, kalau kaknaf tatau lah. masalahnya org yg bersalah tu tak insaf, tu yg bengang tu !
sabr ya...byk pahala dpt tu
hopefully org giller tu waras sikit la lepas kejadian ni..masa dlm lokap dia beriya2 suruh keluarkan dia sampai nangis2... semoga dibukakan hati dia utk berubah...
u did the rite thing geng..
yokatta ne, selesai kes tu..
betul kata org "Forgiveness does not change the past, but it does enlarge the future"
benda2 camni, akan membuatkan kita lebih caution. hopefully xberlaku lagi..insyaAllah
aku suka kata2 tu.."forgiveness does not change the past, but it does enlarge the future"
lps nih kena lebih berhati2.sama2 la kita amek pengajaran dr kisah aku :)
keputusan yang bijak mai..
harapnya si 'orang giler' itu dah insaf dan tak giler dah..
dan paling penting benda yang hilang yang berharga berk-k tu dah dijumpai semula..:)
-dapat jumpa inspektor sahab lagi..kekeke
zaheerah;
i hope so too.laptop tu dah jumpa balik pon taktau mcm mana kondisinyer.ntah2 dah barai..hehehe.maklumlah dah sempat sampai ke tgn pembeli.bila kes nih dah betul2 selesai baru leh amek bawa balik.
inspektor sahab xsempat jumpa laa aritu..dia bz..melepas!
huhuhuhu.., aiee..! kdg2 jadi manusia nie mmg susah nak buat keputusan.., ade kala terpaksa korban kan ape yang kita rase utk lepas kan org lain..!
actually kalau tak silap dia nie jatuh under section 380 Penal Code yg boleh bawak hukuman samapi 10thn penjara, boleh kena denda n sebat..!
kalau pk geram mmg bia dia let go je.., tapi pk bulan puase nak raya lagi mmg tak sampai hati..! actually mai mmg kebanyakan yg wat hal camnie semua dtg dr family yg susah.., kdg2 kesian tgok mak bapak dorang sanggup bergadai utk bebas kan anak2 yang mcm nie..! kita pun kdg2 jadi serba salah bila tgok situasi dorang nie..!
ape pun aku rase kau dah wat kepuusan yg tepat yang kau je tau ape hikmah di sebaliknya..!
harap2 si tertuduh tu ambil iktibar dari kejadiann nie..!
dan diharapkan keluarga kita dijauhkan laa dari hal2 camnie..!
zura;
terima kasih puan lawyer.tu dia,sume code section apa sume dah keluar. semoga anak2 waris kita semua dilindungi Allah dr perbuatan2 yg tak elok ni
huhu.. nasib baik dapat balik benda yg kena curik tu. buat org giller, aku rasa, aku sendiri tak bole buat macam ko buat.. keras ati punya pasal.. tapi bagusla sebenarnya action ko tu, even sakit hati to let the things go.. anyway, semoga semua diberkati, lagi2 dlm bulan berkat ni..
Post a Comment