bm stock that i started 2weeks after delivery...
i was browsing around searching for any interesting magazines to be read... suddenly my eyes stopped on one magazine that quote 'wanita berkerjaya abaikan hak anak?" woww..the title itself brought me to read more... after all,i'm a career woman rite? and i'm sick of people telling a carier women abandone their child needs..bla...bla..blaa..whatsoever ikut suka hati derang without knowing the pure truth... i was looking forward to condemn this magazines too..
but what changed my perspective is that,the contents was totally different from what i thought... seb baik! kalau tak lagi byk la sel2 baik dlm badan nih mati sbb dok sakit hati...hihihi
it dig into more n interesting information about breastfeeding that really makes me feel good about myself..heheh.. and not to forget, proud of myself... okay,wait till you read more...
more interesting info about breastfeeding from NUR magazine.. (i quote these just for my own reminder n anyone out there who's breastfeeding their child,looking forward to breastfeeding their child or at least as a general knowledge regarding breastfeeding... )
Susu ibu adalah sunnah Allah. Ini jelas dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yg bermaksud:"Dan para ibu hendaklah menyusukan anak2 mereka selama 2tahun penuh bagi yg ingin menyempurnakan penyususuan itu..."
ulasan drpd - Ustazah Hazlina Abdul Razak
Ketua Helwa Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) Selangor
menurut ustazah Hazlina Abdul Razak,merujuk kepada mazhab maliki menyatakan bahawa seorang ibu wajib mutlak menyusukan anaknya selagi masih suami isteri walaupon dalam idah.
manakala mazhab lain pula,tidak wajib mutlak tetapi sunat muakkad iaitu sunat yg diwajibkan.selain itu terdapat 6tpt dlm al-Quran yg mengisahkan mengenai penyusuan ibu.
berikutan kewajipan itu jugalah dalam sistem Islam,seorang isteri berhak serta layak mendapatkan upah drpd suaminya(interesting! ;)).ttp Islam agama yg fleksibel, perlu ada tolak ansur diantara suami isteri.
kerana itu jugalah seorang wanita mudah masuk syurga kerana sanggup mengorbankan haknya itu.malangnya umat islam hari ini meninggalkan sunah ini sebaliknya org kafir yg mengamalkannya.
pemberian susu ibu penting kerana ia melibatkan pertumbuhan seorang anak.dari segi fizikal susu ibu mengandungi 100% gizi.sekiranya sorang bayi diberikan susu ini pertumbuhan fizikalnya akan meningkat 500gram setiap bulan.tetapi berbeza dgn susu formula,kandungan proteinnya 40kali ganda lebih bykmenyebabkan berat badan bayi naik bergitu mendadak.ini tidak baik utk kesihatan dan bayi akan mengalami obesiti tidak sesuai dgn usianya..
penyususan ibu adalah cara mengurangkan risiko ibu menghidap barah payudara.susu ibu juga pelbagai rasa berbeza mngikut apa yg dimakan ibu(oh,yeke?..bes2) manakala susu formula mempunyai satu rasa dan perlu disesuaikan mengikut usia..kerana itu juga bayi mudah terdedah kepada penyakit.
bila bercakap mengenai penyusuan ibu sebenarnya kita bercakap mengenai cara hidup.ini keran penyusuan ibu adalah permulaan segala-galanya dan pernuh dgn keajaiban.pembentukan seorang anak bermula dengannya.ini terbukt sekiranya ketika menyusui emosi ibu tenang,anak turut merasai ketenangannya.namun sebaliknya,sekiranya emosi sedang marah,anak akan turut merasainya.siapa anak itu adalah bagaimana emosi ibunya ketika menyusukannya.namun itu tidak bermakna wanita perlu berhenti kerja.waktu kerja juga mereka boleh menyusui bayi mereka. caranya adalah dengan mengepam, perah, label, masukkan dlm botol, bekukan dalam peti sejuk dan susu itu boleh tahan selama setahun..
menyusukan anak tidak semestinya melalui puting ibu, puting botol juga boleh asalkan isi kandungannya susu ibu. jadi tidak ada alasan utk tidak susukan anak.selain itu,sekiranya susu ibu sudah berkurangan,ia boleh dicampurkan dgn makanan lain dan ia tetap susu ibu.
Rasulullah pernah bersabda yg bermaksud, syurga itu dipenuhi dgn org yg melakukan kerja berat dan sebab itulah mengapa martabat ibu itu tinggi.
ulasan drpd - Siti Norjinah Moin (President breastfeeding International Bereau Malaysia(BIB)
mengikut resolusi Pertubuuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ibu seharusnya menyusui secara ekslusif bayinya selama 6bulan yg pertama kerana susu ibu lengkap utk keperluan zat dan emosi bayi bagi tempoh empat hingga enam bulan. sebanyak 70buah negara telah mengguna pakai reolusi ini tp masih ada lagi yg mengabaikan amalan ini.
mengenai kes melamin yg berlebihan dalam susu fm yg berlaku tahun lalu,ramai yg kelam kabut apabila mendapat berita itu.sepatutnya mereka tidak perlu bimbang sekiranya mereka menyusui anak.hairan apabila ada ibu yg tidak mahu meyusui bayi sendiri. menurut kajian, bayi membesar diwaktu mlm dan menyusuinya membuat bayi membesar satu atau dua kali ganda.
selain itu,meyusui bayi akan membuatkan wanita kurus kerana ketika menyusu, kita menggunakan kalori dan tenaga yg byk. proses ini juga akan mempercepatkan bentuk tubuh kembali kepada asal.. (iine~)
disinilah org paling dekat seperti suami,ibu bapa dan keluarga berperanan memberikan galakan kepada wanita agar menyusui bayi mereka.berikutan itu beliau menggalakkan kaum lelaki mendapatkan maklumat penyusuan ibu sebelum berkahwin...mereka perlu didedahkan bagaimana menyokong isteri dan dalam masa yg sama dapat melahirkan anak yg soleh.
pendapat yg mengatakan payudara akan jatuh akibat menyusu juga tidak betul.islam sendiri menyuruh ibu menyusukan anak selama dua tahun. antara kewajipan ibu bapa adalah memberikan makanan yg baik kepada anak2 dan adalah tidak bertanggungjawab sekiranya mereka tidak melaksanakannya.jgn salahkan anak sekiranya satu ketika nanti anak2 tidak mendengar cakap mereka.
beliau juga tidak bersetuju dgn alasan sesetengah wanita yg mengatakan 'tidak ada susu', 'bayi tak mahu menyusu', 'tiada puting','tidak cukup atau anak tidak kenyang'..katanya ini semua alasan yg tidak munasabah.
hakikatnya tidak ada wanita yg tidak ada susu.hanya wanita yg menghidap penyakit kanser,tibi atau gila sahaja yg tidak dibernarkan menyusui anak mereka.
"macam mana anak nk menyusu kalau dah kenyang dgn mkanan penjal? Selain itu,utk menyusui, bahagian yg penting adalah aerola,bukan puting.sebenarnya masalah itu berlaku kerana mereka tidak menyusui anak mereka sepenuhnya.susu akan keluar dgn byknya sekiranya diransang.walaupon anak sudah besar,susu tetap ada cuma perlu diransang dan caranya adalah dgn menyusui mereka", katanya.
menurutnya lagi,susu boleh diransangdalam tempoh 24 hingga 36jam.kerana itu ,wanita sebenarnya tiada alasan utk tidak menyusukan bayi mereka.jgn terpedaya dgn iklan2 yg menjadikan payudara sebagai objek seks.jgn takut payudara tidak cantik,kerana utk mengembalikan bentuk payudara wanita boleh amalkan senaman.
menurut kajian yg dilakukan pada thn 1998 bagi penduduk yg berpendapatan rm500, 21% drpdnya digunakan utk membeli fm setiap bulan dlm tempoh 6bulan
ulasan drpd - Nor Kamariah Mohamad Alwi (pengasas laman web Susuibu.com)
memang menjadi hak anak utk mendapatkan susu ibunya secara ekslusif sekuran2nya enam bulan. ini kerana selepas tempoh itu, anak itu sudah boleh makan makanan selain susu utk keperluan badannya.
menurut beliau, antara faktor yg menyebabkan ibu gagal menyusukan anak secara ekslusif kerana kurangnya pengetahuan dalam diri mereka mengenai kebaikan susu ibu. mereka lebih terdedah kepada ilmu bagaimana melahirkan bayi serta persediaan menyambut org aru.namun pendidikan mengenai susu ibu tidak diberi penekanan sewajrnya sehingga ada ibu yg menyatakan 'tak mengapa,jika tiada susu boleh ganti dgn susu formula'. (uishh3)
katanya, byai perlu dilatih utk meransang susu ibu sekurang2nya 8 ke 12 kali dalam tempoh 24jam setiap hari.ia perlu dilakukan sekurang2nya 3 hingga 5hari utk melihat hasilnya.sesetengah ibu mungkin mengambil masa yg lebih lama.
namun ramai ibu yg mudah berputus asa pada peringkat awal kerana susu yg byk hanya bole dihasilkan secara tabii pada hari ke-3 atau ke-4. disebabkan itu,ramai yg mengambil jalan mudah dgn memberi susu formula sejak daari awal lagi dan tidak berusaha bersungguh2 lagi menghasilkan susu ibu.
memang benar selepas bersalin, ibu perlu berehat.cara yg paling baik utk berehat adalah berada bersama bayi sepanjang masa.jika bayi yg dikandungkan selama 9bulan ini berada dkt dgn ibunya,emosi ubu akan lebih stabil begitu juga dgn bayi itu sendiri.. berdasarkan naluri keibuannya, bayi akan dapat disusukan dgn lebih kerap kerana ibu dpt mengenal keperluan bayinya apabila dia berada berdekatan.pengalaman ini hanya boleh dirasai oleh ibu yg menyusui anaknya sendiri.beliau percaya pada konsep lebih byk permintaan bayi utk disusukan, maka lebih banyaklah susu yg akan dihasilkan oleh ibunya.jika bayi dibenarkan utk menyusu terus kepada payudara ibu.
penting bagi ibu2 utk bersedia ketika dlm pantang lagi dgn memerah susu.setiap perahan susu ini boleh disimpan sedikit demi sedikit sebagai bekalan anak kelak tatkala ibu keluar bekerja.proses memerah susu ini juga boleh membantu menigkatkan pengeluaran susu ibu itu sendiri.
jadi tidak timbul persoalan sama ada ibu itu berupaya atau tidak menyediakan bekal yg mencukupi. yg paling penting, ibu perlu beristiqamah dalam setiap usaha ke arah menigkatkan penghasilan susu.InsyaAllah usaha ini akan membuahkan hasil yg memberangsangkan.
seperkara lagi, ibu bekerjaya yg menyusukan anak perlu mengendalikan waktu dgn baik.penggunaan peralatan yg bersesuaian utk memerah susu boleh membantu ibu2 memaksimumkan produktiviti dlm waktu yg singkat.jika ibu bijak membahagikan masa,tiada siapa boleh menghalang ibu utk meneruskan usaha penyusuan susu ibu walaupun telah kembali bekerja.
ulasa dpd - Profesor Dr. Adlina Suleiman
"Allah itu Maha Mengetahui.Dalam surah Al-Baqarah (sapi betina) ayat 233 ada menyatakan pentingnya susu ibu kepada setiapa anak yg dilahirkan.mengapa? kerana pada usia inilah anak perlu mendapat kasih sayang yg tiada tolok bandingnya dari org yg mengandungkannya.. (wahh..)
mengapa topik penyusuan ada dalam surah yg dinamakan sapi betina? kerana akhirnya umat Muhammad menggantikan susu ibu kepada susu lembu. inilah maksud tersirat yg perlu difahami oleh semua org termasuklah golongan bapa yg tidak lari drpd tanggungjawab yg satu itu..
berbalik kepada ajaran al-Quran, seorang bayi berhak mendapatkan susu ibu sebagai makanan tunggal utk keperluan tubuhnya. walaupun ibu bekerja, itu tidak boleh dijadikan alasan sukar atau susah membekalkan keperluan kepada anak kandung sendiri.
jgn kata tak upaya kerana setiap wanita itu berupaya utk melakukannya. ada tiga perkara yg membolehkan seorang ibu itu melaksanakan tugas hakiki iaitu motivasi, kehendak dan kebolehan.
anda hanya susah utk 2tahun shj sebab perlu membawa alat utk mengepam dan menyimpan susu perahan. namun ingatlah, zuriat anda adalah amanah Allah kepada khalifahnya.
beliau berkata,setelah anaknya berusia 2tahun,anaknya tidak diberikan susu formula, sebaliknya beliau menggantikan dgn susu segar dari ladang. katanya susu segar itu segar dr ladang berbanding susu tepung yg dicampurkan dgn pengawet dan bahan kimia yg tidak diketahui bahannya.
walaupun ketika mengandung,saya tidak mengambil susu formula utk mendapatkan sumber kalsium.sy bykkan susu segar ,soya dan jus manakala kalsium boleh diambil dr sumber lain seperti keju dan mentega.
rm1juta adalah kos kajian yg harus dilakukan saban tahun utk mendapatkan vaksin yg sebenarnya boleh didapati drpd susu ibu itu sendiri...
percayalah,anak yg menyusu ibu akan lebih sihat berbanding yg minum fm. tak perlu tgk jauh, kanak2 yg berusia 9th ke atas sudah ada yg menghidap darah tinggi,penyakit jantung berlubang, diabetes dan sebgainya.saya tidak nafikan faktor luaran seperti gaya hidup dan lain2 penyumbang utama, namun permulaan hidup seorang bayi bermula dgn makanan pertama yg diambilnya,jadi susu ibu adalah yg terbaik.
lain2 tips;
amalan positif utk ibu bekerjaya
- dapatkan maklumat2 berguna mengenai penyusuan ibu semasa hamil
- yakinkan diri anda bahawa suu anda mencukupi utk bayi anda
- menyusui bayi dlm keadaan yg tenang dan byk berehat pada minggu2 awal selepas kelahiran bayi.
- pastikan penyusuan dilakukan dgn posisi yg betul dan selesa supaya tidak berasa lenguh.
- makan makanan yg seimbang dan minum air atau cecair yg mencukupi
- ingatlah bahawa lebih kerap penyusuan dilakukan lebih byk susu akan dihasilkan.
tips penyusuan utk ibu bekerja
- sebelum kembali bekerja,ibu digalakkan memulakan penyimpanan seawal 2minggu slps bersalin
- perahan boleh dimulakan pada waktu awal pagi dan petang
- selalunya lebih kurang 1~2oz susu ibu mungkin diperolehi setiap kali perahan(pada peringkat awal)
- labelkan bekas simpanan susu ibu dgn tarikh dan masa supaya ibu dpt menggunakannya mengikut susunan
- antara peralatan yg boleh disediakan ialah pelapik coli, kotak menyimpan ais botol susu, bekas simpanan dan pam susu
- semasa bekerja, perah sekerap yg boleh. ini akan mengekalkan penghasilan susu sekaligus mengurangkan risiko bengkak susu.
- bayangkan bayi anda sedang menghisap,jd susu akan lebih senang keluar dan mudah.
kebaikan susu ibu
- susu ibu adalah bahan hidup yg mengandungi byk jenis antibodi
- memberi perlindungan dpd penyakit dan alahan serta menstimulasi sistem imunisasi bayi.
- byi yg minum susu ibu jarang2 dpt jangkitan telinga, penyakit usus, kencing manis,kanser, penyakit paru2 dan masalah gigi.
- setiap kuman yg ada dlm badan ibu akan merangsang penghasilan antibodi spesifik yg disampaikan kpd bayi melalui susu ibu. jadi,walaupun ibu sakit, anak jarang2 mengalami sakit yg sama atau hanya jangkita ringan sahaja.. (this is true!)
- susu ibu mengandungi fragmen virus yg tidak boleh direplikasi.ianya memberi ransangan antibodi dlm bayi yg memberi perlindungan sblm bayi tersebut terdedah kpd agen aktif sekaligus meningkatkan tahap tindak balasnya terhadap virus berkenaan.
fewwwhh..itu sahaja.pening dah kepala menaip balik semua info2 dr majalah ni.. hopefully,dapat menjadi panduan dan ilmu kepada ibu2 dan bakal ibu2...
p/s: beberapa hari yg lalu, mommy ada bertanya kepada seorang sahabat yg sedang pergnant sama ada dia bercadang utk bf baby nya kelak.. tp dgn bersahaja dan pantas dia menjawab, "TIDAK, susu formula jer" .. sedey dgr dia jawab mcm tu... mommy tak sempat lagi nk bercerita pjg lebar dgn dia mengenai bf.. tp kalau awal2 lagi dia dah tutup hati dgn dgn tanggungjawab dia melunaskan hak anak utk mendapatkan susu ibu dari nya... agak sukar.. tp mommy akan cuba.. slow2... semogaAllah bukakan hatinya...
to mommies out there who're still breastfeeding... gambarimashou ne!!
you rock!!